21 March 2018

Kuih Buah Melaka Tersedap SiDara

buah melaka

Jangan marah la senah eh, episod kuih lagi. Sementara sidara belum balik ni, ambil peluang sebanyak mungkin buat aktiviti dengannya. Pagi ni kita paksa sidara buat kuih buah melaka. Kalau kelantanis "they call it onde-onde" eh, eh  cik melor speak lundon  la hihhii....

Agenda yang diatur terbarai la senah eh. Mana tak barainya, asal petang je hujan, asal petang je guruh, kilat . Macam tau-tau je kami ada rancangan nak gi mandi kolam. Kereta antik kita tu pula, asyik kena kidnaaaap je. Takpa la anak-anak oiii kita buat aktiviti indoor di rumah je lah. 

Itu le sebabnya banyak episod kuih yang keluar. Senah tak marahkannnn..... Hemmm... duk fikir kuih apa yang senang dan bahan-bahan dah ada didapur maka pagi ni jadi lah kuih buah melaka tersedap air tangan sidara kita.

Rasanya semua orang tau buat kuih buah melaka ni. Cuma sedap dengan tak sedap aje kan. Nak resepi kuih buah melaka cara kita?. Eh boleh saaaangat. Resepi aje pun bukan boleh bawak ke kubur. Ok senah scroll bawah resepi kuih buah melaka cara kita

Bahan:-

2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
gula melaka/nise
garam 
air pandan
pewarna hijau
kelapa parut

Cara-caranya:-
  • mula-mula senah ambik daun pandan potong-potong, masukkan dalam periuk tambah air dan rebus sehingga mengelegak tutup api.
  • air pandan ni bila dah suam-suam kuku gitu, senah tapis buang daun pandan, masukkan sikit pewarna hijau dan garam. kacau hingga garam larut.
  • satukan tepung pulut dengan tepung beras. Tuang air pandan tadi, uli hingga tak melekat di jari.
  • Lepas tu senah bulatkan ikut suka nak besar mana, masukkan gula melaka yang dah di potong kiub.
  • rebus la senah eh. Bila buah melaka timbul semasa di rebus tu, tandanya buah melaka tu dah masak.
  • Angkat dan golekkan di atas kelapa parut. 
  • Hias buah melaka tadi cecantik yang mungkin atas pinggan, lepastu selfieeee. 
Senang kata, tutup mata pun boleh buat, tapi kita tetap kena buat kuih buah melaka ni dengan mata terbuka.  Tutup mata kaluuu bersepai buah melaka tak berebus hahahahah. Bye.


2 comments:

Unknown said...

Slm pekenalan cmelor. Bolih x cmelor betulkn brape cwn tpg beras n brape cwn tpg plt. Tq

Cik Melor said...

mama hassan
tq2 , tak terperasan salah tulis