Senah eyyy... cik melor nak crita ni, tadi pagi, kami anak beranak pergi merayap mencari barang keperluan sidara nak balik asrama. Mula-mula kami ke JJAU2. Kita kalau nak cari baju untuk sidara suka beli di JJAU2, sebab kat situ ada 1 jenama baju tu amat-amat la memenuhi syarat yang telah di tetapkan pihak pentadbir asrama sidara.. Harga tak berapa mahal, sedang-sedang kata cik timoh anok pok ali nuh hahahah.
Lepas tu kita pusing-pusing, eh, eh, ternampak lak mini zoo ni. Apa lagi mengeletik makcik google dan sibujang nak masuk tengok. Nasib la bayaran masuk mini zoo tu cuma rm2 satu kepala. Apalagi kita angkut semua masuk dalam mini zoo.
Masuk je ruang pertama mini zoo yang suram tu. Senah tau apa yang kita nampak, 2,3 ekor ular dalam sangkar, sesumpah, hermitcrab senah eh.
Masuk ruang kedua mini zoo, ayoooo kami diberi peluang pegang ular sawa. Hanya makcik google dan sibujang je yang berani pegang.
Masuk ruang ketiga mini zoo, baru le kami jumpa arnab, burung
merpati, hamster, ayam comel entah nama apa kita lupa dan haiwan kecil lain. Ayam dalam mini zoo tu montel dan
comel senah weh.
Kami juga diberi peluang menyentuh, membelai, bergambar dengan haiwan yang ada disitu. Cuma satu larangan yang perlu dipatuhi. Dilarang mengangkat haiwan-haiwan tersebut.
Senah nak tahu, bulu arnab yang ada kat mini zoo ni lembut gebu sesangat, Burung merpatinya pula jinak-jinak. Warna pun menarik. Tak caya!!! senah datang dan rasalah sendiri kelembutan dan kejinakkan haiwan-haiwan di mini zoo JJAU2.
Dah penat pusing-pusing dalam mini zoo kami pergi berehat sambil makan-makan. Cik melor ambil peluang bagi hadiah yang dibeli sebelum masuk mini zoo kepada sidara. Jam murah-murah jee senah eeey... Nak mahal kalu beli sendiri bila dah kerja nanti hiihi. Bagi hadiah awal sebelum sidara balik asrama. Cuba teka mana satu jam birthday si dara.
Hari ni kita tak paksa sidara buat kuih sama-sama tapi kita bawa sidara sama-sama merayap sana-sini luangkan masa bersama. Hemmm.. esok lusa sidara dah nak balik asrama, lagi 3 bulan baru boleh jumpa dia lagi. Tak keruan hati didalam weeeh.
Jangan lupa senah, bawa la anak-anak pergi ke mini zoo di JJAU2. Besttttt kata makcik google. Bye.
No comments:
Post a Comment