Hai senah, semalamkan kite janji cite pasal upsr sidara. So nak cite la ni. Sungguh tak di sangka-sangka, ku ingatkan cempedak rupanya nangka madu senah eh.
Masa percubaan hari tu, mydara dapat 3A 2B je. Itu pun mak dia dah suka sangat. Maklum la, mak dia masa upsr dulu, eh bukan upsr penilaian darjah lima kut. Lupa la weyyyyy..... Tak de sebutir A pung senah eeeehhhh kih.....kih.....kihhh... sebab tu la mak sidara heppiiiii sangat bila anak dia dapat 3A 2B ahak.
Lepas tu kan senah. Sidara ada la bawak balik borang untuk di isi. Katanya borang untuk sekolah kawalan. Teliti tengok semua mesti dapat 5A untuk masuk ke situ. Kecuali kelas rancangan khas hanya perlukan 3A 2B je.
Kite pun isi la borang tu senah. Memandangkan sidara teringin sangat nak merasa duduk asrama. Lepas dah hantar semua borang tunggu la kelulusan. Alhamdullilah sidara kite lulus guru besar sekolah dia senah weyyyy. Cuma tunggu jawapan dari sekolah yang di minta je la.
Lepas tu bermula la pekse upsr. Masa pekse tu sidara ada la mengadu kertas matematik susah. Kata dia tak boleh buat. Hati mak sidara mula sedih + kecewa, sebab 2 paper iaitu bm kompen dapat B + matematik pula B lagi. Dah tinggal 2A 3B nanti keputusan upsr si dara. Tentu sedih hati sidara. Peluang masuk kelas rancangan khas dan duduk asrama pasti tertutup.
Kuasa Allah senah tiada yang boleh menyangkal. Sejarah tercipta, semalam hari selasa bersamaan 17 november pukul 11 pagi lebih kurang. Bila pengumuman dibuat kite meraung kat rumah hihihihihiih. Tak percaya si dara kite dapat jeng...jenggggg.... sila tengok bawah ya
Syukur sesangat la senah eh sidara kite dapat 5A. Macam tak caya je sebab kite tahu macamana sidara tu belajar kalau tak di paksa tak di marah takdenya nak bergerak. kerja sekolah tak siap, buku tak bawa. slow terima arahan dari cikgu. Memang cikgu tunggu nak jumpa mak sidara nak komplen dan nak tanya apa masalah sidara di rumah.
Bila kite dapat tahu komplen cikgu, kite rasa sangat down. Kite mula la berfikir-fikir camana la nak buat dengan si dara nih. Tusen dah hantar. Nak bagi tusen lebih-lebih pun kite tak mampu. Apa yang kite boleh buat, berserah dan reda dengan apa saja keputusan yang dapat. Yang paling penting kite tak putus berdoa untuk kecemerlangan sidara.
Hingga ke saat akhir sebelum keputusan di umumkan kite tetap berdoa. Berdoa supaya si dara dapat keputusan yang cemerlang. Dapat 3A 2B pun jadi la. Cukup untuk memenuhi syarat supaya dia berjaya di tempatkan ke kelas rancangan khas dan dapat duduk asrama senah eh.
Paling tak boleh lupa dengan sikap kite yang 'rare' lari balik rumah tanpa dengar apa yang sidara dapat hahahha........ Rupanya kite bukan la sekuat mana.
Masa di rumah tu kite dapat call dari pibg sekolah. Kena marah awak senah eh, sebab tak datang sedangkan anak dapat 5A hahahhaha....
Lepas tu terus je kite tarik makcik google dan si bujang masuk keto ke sekolah. Sampai kat sekolah terus sidara peluk kite. Anak rilek je mak pula yang meraung huuhhuhu....... maluuuuu............ Bye
3 comments:
Tahniah Melor, dan anaknya! Alhamdulillah... ^_^
yati
alhamdullilah syukut sgt. ahirnya sidara berjaya juga. hilang rasa segala penat setahun melayan dia.
tahniah kak Melor!
Post a Comment