17 November 2015

Majlis Graduasi Dan Upsr 2015

Hai senahhhh..... apakhabarrrrr???... Rindukah.... kah....kahhh?????. Don wooori malam ni cik melor menimbulkan diri ya hahhahaha.... Boleh la kite melepaskan rindukan. Emmmm itupun kalau ada yang rindu la kan.

Semalam anak dara kite sidara la . Eh, eh  senah ni, buat-buat lupa lak dia iyaaa. Iyaaa sidara kite ada majlis graduasi senah eh. Untung bebudak sekarangkan, tamat sekolah rendah pun ada majlis graduasi. 

Ingatkan bebudak tadika je yang ada majlis graduasi macam nih. Mak budak usahkan majlis graduasi tamat sekolah rendah, sekolah tadika pun tak merasa. Majlis graduasi universiti lagi la jauh. Kesian dak senah eh huhuhu...

si dara

Senah tengok gambar kat atas ni. masa nikan bulu roma kite berdiri je tau. Naik semangat awak senah eh. Bila dengar je announcement yang di buat, di iringi pula dengan musik gamelan. Rasa kite pula yang nak lompat naik ke pentas tu tau kih...kih...kih. Segak berjubah tapi takde topi ekkkk.

si dara

Nampak tak baju biru sidara pakai tu. Beria kite jahitkan untuk sidara tau. Jahit manik bagai. Tudung pun kite jahitkan. Kalau boleh kasut pun kite nak jahitkan. Tapi tak boleh la senah eeeee... Ai tak pandai jahit kasuuuut kih...kih...kih.....

Demi kerana kasih maka maknya nak la sedondong ngan anak. Maknya pun potong la kain berwarna yang sama dengan baju anak. Besar harapan baju siap menjelang pagi. Rupanya harapan tinggal harapa. pagi berikut baju biru masih tidak siap Hahahaha...... dasar si tukang jahit itu.

Sudahnya disarung kan juga sepasang kurung riau berwarna pink untuk diri menghadiri majlis graduasi sidara. Haiyaaaaa.... ini tukang jahit memang perangai macam tu. Baju orang cantik je dia jahit. Baju sendiri terbantut-bantut kerje nya. Ada dah bertahun masih belum siap akhirnya berlubang di kerik lipahhhhhh....  Pissstttt........jangan tempah baju dengan tukang jahit ni tau hahahhahha.

Esok sambung cite pasal upsr sidara. Senah tunggu tauuuuu...


No comments: