27 September 2013

" Bunga Telur In The Making " Part II

Hai senaahhhh.......hari tu Cik Melor tayang intro "bunga telur in the making" klik sini . Hari ni kita nak cite bunga telur in the making part II lah. Hai selagi tak siap projek nih selagi tu lah senah kena baca dan lihat aktiviti terkini, terhot, terbaru, dan segala ter lah  kih...kih ..... kih. So jangan ade boring serta jemu di hati mu senah iyaaaa......

Sayang + rugi tak baca senah wehhhhhh..... bukan selalu kita buat benda alah nih. Maklum lah jemari ai ni bukannya lembut macam tukang buat bunga telur. Pendekkan masa kita cerita gambar bai gambar senah yeeee......

bunga telur

yang ni kita di minta buatkan 15 kuntum bunga telur untuk pahar untuk belah lelaki. Katanyer "saya nak biar lain dari yang biasa ada jual kat kodai". Spesis sama gan kita nih. Geng masterpiece hahhahaha...... so kitapun pikir punya pikir sampai kepala sendiri migrain huhuhuhu..... las sekali kita buat keputusan buat bunga dari riben

Setelah si ukur, di potong, di lipat, di jahit, di gam, jadiiiiii lah, 15 kuntum bunga telur untuk pahar dari pihak lelaki untuk pihak perempuan. Bunga telur dah siap tunggu nak hiasnya pula. Senak nak tengok bunga telur setelah di hias, kena tunggguuuuuu.......

bunga telur

Yang nih bunga telur dari felt untuk sisa katanyer. Semalam kita jahit 'LOVE' tu siap 22 ketul senah tau. Dalam 50 ketul gak perlu dibuatkan nih. Masih dalam proses, lepas jahit nak kena hias dia pulak. Sama macam atas, senah nak tengok  'LOVE' dah di makeup, tunggu ya

bunga telur

yang ni lak duk ade dalam 75 batang bunga tisu kaler kuning akak kena siapkan. Jenuh mikirkan mana la nak di cucukkan benda alah nih bila siap kembangkan bunganya. Tempat nak simpan pun kena pikir juga sebab takut kemek bunga telur tu nanti. Belum sampai ke tangan empunya bunga telur dah kemek tak seronok la senah wehhhhh......... So akak ambik keputusan buat yang nih akhir sekali.

bunga telur

yang nih pun bunga tisu gak tapi kaler dia oren. Jumlah pun sama 75 pcs. Sama gak masalah dengan yang atas. So kena buat last sekali. Sama jugak masih dalam progresss belum mekap lagi. 1 lagi bunga telur pahar untuk belah perempuan belum di pikirkan camana nak di buat nyer. Belum dapat idea la senah. 

Kalau ade yang nak menyumbang idea boleh kasi tau aaaaaaa ....... Bye