Bercerita tentang kitar semula jaring pembalut bawang. Selalunya bila beli bawang kat pasaraya kita akan disediakan bawang yang dah di bungkus dalam jaring tuh. Bagi si ibu pula bila dah masukkan bawang dalam bekas bawang, jaring tu akan di buang. Eh..... jangan buang ada gunanya tu... dan sila pastikan hanya gunakan jaring yang keras aje.
Bagi yang suka menanam pokok bunga, jaring ni sedikit sebanyak dapat menolong kita berjimat. Kenapa melor kata gitu, sebabnya kita tak perlu keluarkan duit semata-mata nak beli jaring. Guna jaring bawang ni untuk tutup lubang dalam pasu sebelum masukkan tanah. Supaya tanah tak keluar dan air senang mengalir. Biasanya batu di gunakan untuk menutup lubang kat dasar pasu tu. Melor rasa cara tu tak berapa nak sesuai kerana boleh menyebabkan berat pasu bertambah dan batu tu juga mudah beralih dan tanah pula boleh keluar bila pokok di siram.
8 comments:
tq 4 sharing,lps nie x dah buang le jaring tu....
gud idea!
wah...dah tau apa nak buat ...selalu tu buang je
nazieyana
kalau kreatif byk lagi yg bole di buat dgn jaring tu
mala.
memang the best. hahhaha
suzie
selamatkan bumi dr pencemaran
saya suka idea ni! 5 bintang!
gb
byknya bintang
Post a Comment