28 February 2012

Kitar Semula - Pembungkus Bawang

Bercerita tentang kitar semula jaring pembalut bawang. Selalunya bila beli bawang kat pasaraya kita akan disediakan bawang yang dah di bungkus dalam jaring tuh. Bagi si ibu pula bila dah masukkan bawang dalam bekas bawang, jaring tu akan di buang. Eh..... jangan buang ada gunanya tu... dan sila pastikan hanya gunakan jaring yang keras aje.

ini lah rupanye jaring pembalut bawang

Bagi yang suka menanam pokok bunga, jaring ni sedikit sebanyak dapat menolong kita berjimat. Kenapa melor kata gitu, sebabnya kita tak perlu keluarkan duit semata-mata nak beli jaring. Guna jaring bawang ni untuk tutup lubang dalam pasu sebelum masukkan tanah. Supaya tanah tak keluar dan air senang mengalir. Biasanya batu di gunakan untuk menutup lubang kat dasar pasu tu. Melor rasa cara tu tak berapa nak sesuai kerana boleh menyebabkan berat pasu bertambah dan batu tu juga mudah beralih dan tanah pula boleh keluar bila pokok di siram.

Kan dah dapat berjimat tu. tak payah beli jaring semata-mata nak letak kat dasar pasu bunga kita. Simpan aje jaring bawang tu dalam stor diam-diam bila nak guna benda dah ada. Walaupun sikit, sekurang-kurangnya kita dapat berjimat dan mengurangkan pencemaran kat bumi kesayangan kita ni .Bagus tak idea nih dan apa pula komen kekawan semua?.

8 comments:

nazayiena said...

tq 4 sharing,lps nie x dah buang le jaring tu....

mala said...

gud idea!

Suzie said...

wah...dah tau apa nak buat ...selalu tu buang je

Cik Melor said...

nazieyana
kalau kreatif byk lagi yg bole di buat dgn jaring tu

Cik Melor said...

mala.
memang the best. hahhaha

Cik Melor said...

suzie
selamatkan bumi dr pencemaran

gadisBunga™ said...

saya suka idea ni! 5 bintang!

Cik Melor said...

gb
byknya bintang