27 February 2019

4 Idea Surirumah Cari Duit Poket Cara Cik Melor

wahm

Betul Senah eh, kita ni nak jadi surirumah sepenuh masa kita kena fikir panjang. Kalau sebelum tu kita boleh senang-senang berbelanja, selepas jadi surirumah kita dah tak bebas berbelanja. Sebab gaji dah takdak huwaaa huwaaa. 100% hidup mengharapkan suami bagi duit. 

Dapat suami yang jenis ingat perjanjian dan tanggungjawab dia tak lupa nak hulur bila sampai waktunya. Dapat suami yang buat dekkk je jenuh kita Senah eh. Nak beli lipstik pun tak dapat emmmm.

Masa muda-muda dulu Cik Melor kerja juga. Kerja gomen, 4,5, tahun juga lah berkerja. Masa kerja gomen tu, tetiba Cik Melor kawin pastu tetiba Cik Melor jadi surirumah yang 100% takda gaji huuhuh. Tak biasa hidup mengharapkan duit suami, Cik Melor pun usahakan sesuatu. Itu pun selepas anak-anak dah besar sikit.

Ada la kekawan yang tanya Cik Melor, camana Cik Melor buat untuk cari duit poket sendiri. Nampak senang je Cik Melor menjoli sana menjoli sini hiihihihiih. Mai sini baca Senah eh, Cik Melor nak pecah rahsia cara cari duit poket sendiri ikut cara Cik Melor.

Menjahit.

Disebabkan Cik Melor ada ilmu jahitan. Cik Melor ambil tempahan jahitan. Pandai jahit baju kurung biasa pun dah boleh ambil tempahan Senah weh.

Cik melor buat juga service baik pulih pakaian. Ala orang panggil alteration.  Eh jangan main-main buat alteration pun boleh kaya. Tengok bangla siap boleh buka kedai dekat shopping complek wehh

Cik Melor ambil juga tempahan langsir. Ala jahit langsir pattern yang senang-senang je. Yang penting masukkkk.

Kalu dah menjahit tak pandai la, susah la, Senah boleh buat kraf. Senah buat la apa-apa kraf yang senang-senang, pastu jual.. Macam-macam benda kraf boleh buat Senah weh. Walaupun menjahit, Cik Melor tetap buat kraf. Bukan kerana tamak tapi minat yang mendalam. Nak tengok kraf yang Cik Melor pernah buat. Senah klik sini cmelorshop.

2. Transit.

Senah boleh jadikan rumah sebagai tempat untuk bebudak transit sebelum ke sekolah atau tunggu ibubapa balik kerja. Senah cuma perlu sediakan makanan dan tempat yang selesa untuk bebudak tu berehat  dan buat kerja sekolah atau buat persiapan sebelum ke sekolah.

Cik Melor pun ada pengalaman buat transit tau. Tapi transit Cik Melor istimewa sikit. Cik Melor ambil anak-anak balik dari sekolah tengahari, lepas tu bawak balik rumah, bagi diorang mandi, makan dan siapkan diaorang untuk gi sekolah agama.  Lepas tu tugas cik melor habis. Buat macam tu sebab sibujang pun sekolah agama petang. Senang-senang poket kita tebal Senah eh.

3. Jual Makanan

Kalau pandai buat kuih, Senah boleh buat dan jual kuih. Kalau tak boleh jual sendiri, Senah letak la kat gerai-gerai, kedai-kedai mamak.  Cik Melor pun buat kuih lepas tu letak di gerai orang jual nasi lemak. Sesambil hantar si bujang pepagi gi sekolah, cik melor drop sekali kuih kat gerai area situ. Pastu balik rumah membuta ahhahah. Dah 2 tahun Ck Melor buat kuih tau.

Kalau takut risiko kuih tak habis, Senah boleh buat kuih frozen. Iklan la kaw-kaw supaya orang tahu kita jual kuih frozen.  Tak pandai buat, Senah google la belajar. Sebelum ni Cik Melor jual karipap frozen. Jual orang punya la. Lepas tu jual kuih frozen sendiri punya pula. Popia carbonara Senah eh.

Takda frezee la pulakkk. Senah boleh buat kuih kering yang tahan berbulan, buat sambal ke. Botolkan lepas tu label cantik-cantik.. Letak la kat pasaraya ke station minyak ke. Yang penting kita tak boleh malu nak gi bertanya. Malu kalu satu apa pun tak jadi senah eh

4. Tulis Blog

Haaaa yang ni seronok. Kalau Senah suka menulis, Senah buat la blog pastu tulis la cerita-cerita yang menarik. Bila blog Senah dah glamour Senah boleh ambil upah buat iklan untuk orang. Eh Cik Melor pun pernah dapat hasil dari blog Dunia CMelor ni tau. Walaupun tak sehebat Ben Ashahari, Mazidul Akmal Sidek. Blog Dunia CMelor ni dah pernah bagi duit kat Cik Melor.

Buat la apa saja, yang penting semangat kena kuat, hati kena kering, kulit muka kena tebal. sebab apa Cik Melor kata gitu, sebab bila  gi tanya tempat-tempat nak letak produk kita tetiba orang reject  Kita tetap coolll hahahah.

Camana Senah, dah dapat idea nak buat apa untuk cari duit poket sendiri? Bye.



No comments: