17 August 2018

Alteration : Lengan BerKaf Jadi Lengan Biasa

Alahai rindunye Cik Melor pada pembaca blog CMelor. Senah-senah rindu ke?.  Kita ni rindu sangat, sangat, sangat dan sangat. Jangan la majuk-majuk dengan kita. ya.

Kalau boleh hari-hari kita nak update cerita 'happy-happy', cerita sensasi, cerita lawak-lawak supaya bila senah baca, senah akan terhibur. Tapi tu la, masa terlalu mencemburui kita.

alteration lengan

Takpa, hari ni kita taip cerita dan  tayang hasil kerja alteration yang di buat. Mana tahu dapat bagi inspirasi pada ibu-ibu, isteri-isteri yang tengah cari idea apa yang nak dibuat. Boleh juga bantu ekonomi keluargakan Senahhhhh.

Senah nampak tak lengan baju berkaf kat atas tu. Haaa yang ni la kita nak kongsi. Cerita kita buat alteration lengan berkaf jadi lengan biasa. Gambar lengan baju berkaf tu adalah gambar sebelum kita kerjakan. 

Cantik lengan bajunya siap berkaf. Nampak tu bermanik bagai senah eh. Biasa la hati manusia tak sama senah eh. Puan baju tak suka lengan berkaf . Rimas katanya.

Maka Cik melor diminta me'magic'kan lengan baju berkaf bermanik dia tu jadi seperti kehendak dia. Don wori mem ai duit 4 u hahaha.

alteration lengan

Selepas di'magic'kan, lengan baju berkaf tadi terus  jadi lengan biasa seperti kehendak customer kita. Senah nak tahu camana  kita  'magic'kan lengan kaf tu tak?.

Gini senah eh, memula tetas lengan berkaf, tetas belahan lengan berkaf tu, cabut semua manik. Pastu gosok bagi ilang kedut. Pastu jahit belahan berkaf, kelim sekali senah eh. Lepas tu ukur la panjang tangan tu tengok panjang tangan cukup ke tidak. 

Ukur punya ukur sekali lengan asal pendek senah eh. Jadi kita ambil kaf yang dah buang tadi kita tetas, gosok, jahit sambung dan ukur cantik-cantik. Lepas tu jahit sebagai kelepek lengan biasa tu. Pandai-pandai la sorok supaya jahitan sambungan tu tak nampak. Lepas tu sembat la lengan baju biasa tu kemas-kemas . Dah siap, gosok lah supaya kemas, cantik terletak.

Macam tu la buat kerja alteration. Kalau boleh buatlah sedekat mungkin macam yang asal, supaya kustomer puas hati. Senang-senang 10, 20 hinggit masuk poket senah eh.

Jom senah sama-sama kita buat alteration bantu ekonomi keluarga. Bye.


No comments: