06 May 2018

Cili Hijau Dah Bertukar Merah

Inilah dunia Cik Melor. Kalau tak ada tempahan jahitan, kita akan buat kraf untuk dimasukkan dalam kedai kraf kita iaitu CMelor Shop. Kalau rasa serabut, jiwa tak tenteram, rasa 'down, kita suka tengok kehijauan, godek-godek pokok bunga. Tanam pokok tu umpama terapi bagi kita. 

Sejak kita berpindah, rumah kita dah takda pokok bunga macam dulu. Tapi kita tetap nak tanam pokok. Tanam dalam pasu je. Jadilah untuk terapi minda kita hmmm..

Kali ni kita nak tayang tau. Nak tayang hasil tanaman pasuan kita Ini pokok cili hijau kita yang sedang berbuah. Pokok cili hijau kita ni  dah banyak kali berbuah. Dalam gambar ni mungkin buah yang terakhir sebab pokok pun dah tua. Dah tak gemuk, kurus je pokoknya tapi masih mahu berbuah.

cili hijau
Kita tak kisah kalau lupa beli cili di Giants sebab kita tahu pokok cili hijau pasuan kita sentiasa ada membantu dikala terdesak hahahha.

cili hijau
sebab tak petik-petik cili hijau kita dah jadi cili merah senah eh. Minta di petik la tu agaknya sebab tu buah cili tu menukarkan warnanya. Walaupun dirinya sebenarnya bernama cili hijau.
cili hijau
Kita semai banyak benih cili hijau yang kekal hidup hanya dua. Walaupun dua pasu saja pokok cili hijau kita ni dah banyak berjasa tau.

Jom Senah, tanam cili hijau dalam pasu . Jimattt duit dapur. Bye.


2 comments:

Warisan Petani said...

Alhamdulillah

Cik Melor said...

warisan petani
alhamdullilah