02 May 2018

Alteration : Kecilkan Bahu Dan Badan Blouse

Sebelum ni bila kita di minta kecilkan bahu selalu lubang lengan tu jadi berkedut selepas siap kita buat alteration. Tak cantik senah eh. Sekarang kita dah tahu tips macamana nak alter bahu dan lubang lengan dengan hasil yang cantik.

Kita dah praktikkan cara ni banyak kali dan hasilnya memang 'wow' hihiihihih.. Kalau kustomer kita minta buat alteration bahagian bahu lenggan kita akan buat cara ni je senah eh.

alteration blouse

Selain kecilkan bahu, kita juga diminta kecilkan badan dan lubang tangan. Nak kecilkan badan dan lubang lengannya senang saja sebab tukang jahit baju ni guna cara yang paling senang masa jahit. Jadi kerja mengecilkan badan dan lubang kengan ni jadi senang. Senah fening ekk!!! hahahha. Tak payah fening-fening Cik Melor kan ada wasap saja ya. 

Senah mengundi dimana kali ni? Bye..


No comments: