Loooo.... hari merdeka dah nak sampai. Bendera dah kibar ke senah eh. Cik melor tak kibar bendera tapi kita jahit baju nak sambut merdeka. Betuuul jahit baju sambut merdeka. Tengok la gambar kat atas tu. Pelanggan kita paling kecil, paling comel menempah baju merdeka.
Kerana baju nak sambut merdeka ini terpaksa kita merempit selaju mungkin untuk siapkannya. Kenapa tu? Sebabnya hantar hari ni, esok nak ambil. Bayangkan macamana lajunya kita rempit huhuuhuhuh. Tengah-tengah rempit tu dan lagi kita singgah panggung wayang tengok annabella hahahha.
Puas menjerit, memekik dalam panggung wayang kita pulas stereng keto comel balik sambung rempit hahahha. Siap la sepasang baju nak sambut merdeka. Lagi satu kita niat nak jahit pagi ahad. Sempat la sebelum customer datang.
Kata orang, kalau kita tengok Annabella kita mungkin akan kerasukkan. Agaknya sebab tengok annabella kita dah kerasukkan sebab tu la sakit kepala sampai tak boleh angkat kepala, tak boleh buka mata hahhaha. Melawak apa cik melor ni kan.
Sebenarnya kita nak bagitahu senah yang kita jahit baju dari bendera untuk sambutan hari merdeka. Tu aja hahhah. Bye.
2 comments:
Terbaikkkkk...👍👍👍👍👍
abang otai
tq
Post a Comment