Haaaaa tu diaaaaa.... butik pengantin pun mari duk suruh cik melor buat alteration kecilkan gaun pengantin diaorang. Betul la tu cik melor memang buat kerja alteration kecilkan baju. Cuma kita takde kedai je senah eh. Keadaan tak mengizinkan kita bekerja di luar. 'DIA' kata belum masa untuk kita bekedai. Kita cuma boleh bekerja dari rumah je. Sob, sob, sob sedih weyyy...
Cantikkan gaun pengantin ni. Terbesar masa potong dan jahit. Maka giliran kita la pula untuk mengecilkan gaun pengantin tersebut supaya fit cantik bila di pakai. Alhamdullilah rezeki kita senah eh. Sikit-sikit pun kita tetap gembira . Lebih manis rasanya belanja guna duit hasil dari kudrat sendiri.
Kita diminta kecilkan body gaun.pengantin yang terbesar 4 inci.. Ambik awak senah eh. 4 inci tuuuu... Gaun pengantin tu pula jenis potong dan cantum pinggang. Camana nak cite bagi senah faham. Huh senah tengok sendiri lah gambar gaun pengantin tu. Senah nampak tak?.
Bila potongan macam tu, susah sikit la nak buat alteration. Banyak bahagian yang terlibat. Takkan nak buka semua. Nak mati dengan lace, lining, net, manik bagai. No.. no.. no pengsan pun kita tak mahu lagikan mati huhuuhu.
Setelah di fikir dan di renung dalam-dalam, kita ambil keputusan buat dart di belakang gaun pengantin. Nak buat dart pun kena kira pakai formula . Baru lah nanti gaun pengantin cantik terletak tak mengelembung atas belakang masa pakai.
Kisah kecilkan gaun pengantin ni sebenarnya dah sebulan lebih berlalu. Baru ada kerajinan nak berkongsi gara-gara akiviti alteration/potong kaki seluar semalam. Angin rajin tengah duk ada sekarang senah eeeeeh. Bye.
.
2 comments:
Kerja dari rumah tu lagi baik..
Senang nak pantau anak anak =)
nini
memang elok anak2 membesar dpn mata tapi jiwa ku menjerit kebosanan
Post a Comment