Sunday, October 16, 2016

Yay !!!! Makcik Google & The Gang Menang Lagi

"TAHNIAH SK Setiawangsa menjadi JOHAN 
dalam pertandingan Festival Nasyid Ceria Wilayah Persekutuan, Peringkat Taska, Tadika dan Pra Sekolah, MPP SUB ZON 3 Setiawangsa yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Zulhasnan Bin Rafique 
(Penaung Yayasan Amal Wangsa) bertempat di 
Dewan Dato' Ruslan Madon Sk Setiawangsa"

makcik google
Kumpulan Nasyid Cahaya Iman (Geng Pompuan)

Comelkan senah. Bukan geng Makcik Google aje yang comel, boleh dikatakan semua peserta yang bertanding comel-comel belaka. Persembahan pun boleh tahan semuanya. Diorang ni dapat la bawak balik trofi, medal, sijil perghargaan, dapat duit rm700 dan nasi ayam free hahahha....

Ingatkan, habis je tanding khamis lepas habis la semua.  Disebabkan menang dalam pertandingan khamis lepas Makcik Google & The Gang kena bertanding lagi sekali.  Kata cikgu yati bertanding Zon Setiawangsa pula. Kalau menang lagi, Makcik Google & The Gang akan bertanding peringkat akhir di picc Putrajaya antara parlimen wilayah KL katanya.

makcik google
  1. Gambar atas tu semua ahli kumpulan nasyid Cahaya Iman dari PRA Gemilang Sk Setiawangsa.
  2. Gambar bawah tu pemenang nombor 1, 2, dan 3 bergambar kenangan dengan cikgu besar, Tan Sri Zulhasnan dan cikgu masing-masing.
  3. Gambar nombor 3 tu, Makcik Google berjalan dengan gaya tersendiri hahaha.

Kali ini pun Makcik Google masih lagi nyatakan keinginan dia nak masuk paper. Besar la harapan kite ni senah eh supaya masa bertanding akhir nanti ada la wartawan yang nak melaporkan berita ini. Sebelum tu kena la Makcik Google & The Gang menang di peringkat  Zon Setiawangsa dulu kan.

Nanti kite update lagi keputusan pertandingan di Zon Setiawangsa. Sama-sama tengok Makcik Google & The Gang menang lagi ke tak. Senah jangan lupanya doakan Makcik Google & The Gang menang dan jangan lupa masuk baca blog Dunia CMelor  untuk berita yang seterusnya. Byeee.. 

 Pisst...pistt..... macam la dia sorang ada anakkan hahahha...


No comments: