Friday, November 20, 2015

Anugerah Pencapaian Cemerlang 2015

Hai senahhh.....  sepagi 2 ni tetiba sibuk le pula. Baju biru pun tak siap-siap hahhahaha..... Pepagi dah hantar anak-anak ke sekolah. Lepas tu balik bersiap maknya pula. Buat apa senah tanya. Emmmm....sekolah ada acara hari ni. Acara menghargai pelajar sebelum tutup sekolah senah eh.

Bukan nak menunjuk tapi memang suka tunjuk. Welll dah nama cik melor tunjuk-tunjuk memang wajib hahahhaha. Bab UPSR 5A dah lepas. Hari ni nak tayang pula, anak-anak kite dapat anugerah pencapaian cemerlang.

Bukan sorang tapi dua senah eh. Nasib la makcik google dapat nombor lapan. Kalau tak tiga-tiga anak kite dapat anugerah pencapaian cemerlang tahun ni. Emmmm... bertambah-tambah le yang meluat bila kite upkan cite anak kite ni.

But senah, kite sikit pun tak marah cuma calar-calar ada lah hihihihihi...... Bukan senang nak dapat pengiktirafan macam tu. Walaupun kecil pengiktirafan yang di bagi, tapi lubang hidung kite tetap kembang. Sekembang lubang hidung 'Ahmad Nisfu' tau.

Mana taknya dalam 2200 pelajar sekolah tu, terselit nama anak kite. awak tak bangga?. Tipu la senah eh kalau takde rasa bangga walau secalitkan.

Tiap-tiap tahun sekolah anak kite akan buat majlis bagi trofi dan sijil penghargaan untuk pelajar yang berjaya dapat tempat pertama, kedua dan ketiga. Macam-macam anugerah duk ada senah eh. Anugerah matapelajaran terbaik la, pelajar terbaik la. Huh macam-macam duk adalah. 

Diorang buat macam-macam tu, sebenarnya nak bagi budak-budak naik semangat untuk lebih rajin belajar. Bagi makbapak rasa semangat secara tak langsung makbapak ambil tahu dan turut terlibat dalam pembelajaran anak-anak.

Pagi tadi, sidara kite naik pentas lagi, kali ni terima Anugerah Pencapaian Cemerlang pula. Harapnya dengan pencapaian yang dia dapat akan mendorong dia lebih rajin dan maju dalam pelajaran. Dapat nombor 3 pun dapat trofi senah eh. Untungkan bebudak sekarang.

Mak dia pun tak pernah merasa macam nih. Ada la sekali tu dapat naik pentas masa terima hadiah menang pertandingan tulis karangan kat sekolah. Dapat le tuala mandi besar selai kih....kih....kih....

dunia cmelor

Bergambar untuk kenangan senah eh. Merasa juga sidara terima Anugerah Pencapaian Cemerlang. Selama 6 tahun jadi pelajar sekolah rendah, 2 kali la sidara kite merasa naik ke pentas terima Anugerah Pencapaian Cemerlang. Emmm... syukurrrrr..... sesangat senah eh. 

Sibujang pula, baru kali pertama naik pentas terima Anugerah Pencapaian Cemerlang. Itu yang tersenyum lebar tu. Tak sangka nakal-nakal sibujang kite ada juga terselit nama dia  pagi tadi huhuuhu.....

Agaknya la kalau anak kite dapat anugerah tokoh murid dalam sekolah tu, mau kite pengsan dalam dewan tu kih.....kih......kih.....


saja tayang gambar trofi dekat2 bagi nampak clear. Kasi 'demo-demo' yang  ada tu rasa panah pedih gatal glebeknyeng sakit hati. Garam taruk kasi lebih aaaa.... hahahhahah....... Bye.

rezeki itu ada macam-macam
duit banyak itu rezeki
sihat itu rezeki
kaya itu rezeki 
berjaya dalam hidup itu rezeki
anak-anak berjaya itu juga rezeki
kenapa harus dengki ????

 

5 comments:

mamawana said...

Tahniah. Harap anak2 keep the momentum study hard and study smart utk next anugerah2.....

Suzie said...

tahniah ...heheh lama tak melawat melor kat sini

Aliyyah Aziz said...

assalamualaikum melor. Tahniah! Memang ada aje yg tak puas hati dengan ibu2 yg upload kejayaan anak2. Betul Melor cakap, dalam ramai2 student, nama anak kita terselit, pasti bangga mak bapak, pasti bersemangat anak2. Apa la salahnya bila mereka diiktiraf? Kenapa nak iri?

Mila@Rimbun said...

Tahniah mama melor... anak2 berjaya, ibu gembira.. betul tak..

Yati said...

tahniah Melor, dan anak-anak.
Semoga terus cemerlang di masa akan datang, amin.
hebatnya sekolah dia, lawa trofi. :)