Tuesday, December 30, 2014

Hok Alohhhhh..... Masa Ni La Dia Nak Hilang.....

sewing

Hai senahhhh.... masih macam biasa. Hilang je kerja cik melor tu kan. Sampaikan "tali inci" kite pun dah pandai hilang-hilang kan diri. Bukan satu senah eeehhhh..... dua-dua sekali menyorokkan diri. Waaaa...... ini yang kite naik angin nih.

Masa mood menjahit ada ni laaaa..... dia nak menghilangkan diri. Kut ya pun awak nak main sembunyi-sembunyi, jangan la sembunyi terus. Susah kite tau. Dah la menjahit nak kena kejar mood. Bila kite dah ada mood, aawak pula menghilangkan diri. Memang tak suka tengok tuan dia senang hati betul la tali inci oooiiii... hihiihihhi....

Masuk 1 3/4 hari, duk mencari. Kemana menghilang tali inci kesayangan ku ini. Takpa kalau awak tak nak menampakkan diriii..., Besok pagi-pagi, kite nanti pergi beli baru. Baru padam dengan muka awak. Nanti kite sayang "tali inci" yang baru pula hahhahahah.... Saja-saja memujuk hati yang melara tak boleh nak potong kain.

Dah tali inci hilang, kite jahit aje lah benda kat atas tu. Jahit lencana dan nama di baju sekolah. Lepas tu buat alteration sikit. Tak nampak yang alteration????? nanti lain kali kite tayang ya. Yang ni tayang, jahit sikit-sikit yang tak perlu guna tali inci. hahhahahha............. Bye


No comments: