Monday, July 16, 2012

Ala..la...la ...Latok Jangan Saman.

gambar google punya

Huh... langkah kiri tul la pagi nih. Ingatkan bila berpagi-pagian dapat le selesaikan urusan cepat-cepat. Rupanyer kite tambah masalah huhuhu... Alkisah nyer akak melor gi bank nak gambik buku yang boleh sain-sain tuh ala ..... buku yang ganti duit tu hahahhah..... sogan lak nak sebut betul-betul. Awak tak banyak mana pun masuk berangan nak menyain la pulok.

Sebenarnyer akak melor dah gi kat mesin parking tu nak bayar parking. Sekali mesin tu rosak daaaaa. Akak tengok mesin yang terdekat pun sayup mata memandang jadi fikir 2, 3  kali, aah takpa la kejap kut aku kat dalam tu. Dalam hati nih baca la apa yang patut moga-moga tak kena saman parking. Dah nasib hari ni nak rugi selesai urusan kat bank tu akak terus tuju ke kereta, masuk keta je waaaaaa........ kite dapat surat cinta dari dbkl. 

Sungguh rasa tak senang hati terus kite start keta balik rumah. Perancangan sebelum tu lepas gi bank akak melor nak ke kedai jual alat jahitan nak beli manik. Bila hati dah tak keruan akak terus balik rumah call sana call sini. Tanya orang yang dah biasa kena saman nih. Mana tempat terdekat yang boleh akak bayar saman. Almaklum la akak melor tak pernah terima surat cinta dari dbkl rasa tergugat la sikit. Udah nyer kena la akak melor susahkan tuan pengarah minta tlong dia g bayar saman. Tak suka, tak suka, tak suka la kena susahkan orang walaupun teman sebantal kite. Kalau boleh segala nyer nak buat sendiri waaaaaa..... lagi sekali. Berangan je lebih tapi tak mampu buat.

1 comment:

Mila@Rimbun said...

saya mmg tak pandai bab2 nak bayor saman ni, kat mana ntah. selalunya hubby je yg tolong byrkan...