Monday, April 9, 2012

Aku Letih - Siapakah Yang Bersalah

1,2,3 dan 4 hari akak melor tak menconteng dalam blog ni. Aluuuuuu ada yang linduuuuuuu akak tak?. Bila sibuk dah tentu-tentu letih. Bila letih dah tentu-tentu otak tak boleh berfikir secara baik. Bila tak boleh fikir dengan baik secara automatik nyer blog tempat akak melor meluah rasa ni tak berupdate. Siapa kah yang bersalah ?????

Sapa kata jadi surirumah kerja rilex. Alooooo senah ni akak melor nak bagi tau. Kerja sebagai surirumah pun letih apaaaaa. Kadang-kadang tu lebih letih dari kerja yang berat-berat kat luar sana. Nampak macam tak de apa yang di buat. Tapi 24 jam sentiasa bergerak. Selagi mata ahli rumah tak pejam selagi tuu la tugas seorang ibu aka surirumah tu onnnn je. Belum di + dengan ahli keluarga sakit. Lagi la tugas surirumah tu bertambah. Tambah-tambah surirumah yang seperti akak melor ni. Takda beban cari beban. Siapa kah yang bersalah?????

Tuan pengarah suruh duduk diam-diam jadi surirumah, ehhhhhh nak juga menyibukkan diri. Konon kata nak isi masa terluang. Alih-alih diri sendiri terjelir keletihan. Siapa kah yang bersalah ?????

Sejak tugas dah bertambah ni, akak rasa 24 jam yang di beri tu tak cukup. Kalau boleh nak tambah jadi 30 jam satu hari. Apa tak nyer senahhhh, sejak akak melor terjun dalam dunia jahitan ni akak terpaksa bangun pukul 4 pagi semata-mata nak kutip manik-manik apple sebesar taburan pasir di gigi ombak tu untuk jahit kat baju kustomer. Akak terpaksa kurbankan waktu membelai pokok -pokok akak untuk menjahit. Akak terpaksa lupakan dunia menghias akak semata-mata nak siapkan jahitan. Siapakah yang bersalah??????

Sebenarnya diri sendiri la salah sebab tak dengar cakap. Kunun-kunun nak jadi superwomen sedangkan kudrat tak sekuat mana nafsu aje yang besar hahahahah......... Awak sendiri yang salah .

p/s: n3 ni semata-mata untuk hiburan tiada sangkut paut dengan yang hidup maupun dah meninggal. So baca aje tanpa prasangka ahak... ahaksss.... ahak.

6 comments:

Suzie said...

Melor ...samalah ngan saya ....rasa macam semua benda nak buat kan ...

Nazayiena said...

Untung Melor jadi surirumah yg semua bidang boleh buat.....

mala said...

salam dari oman melor, kalau letih tidur la ... aku pun letih kat sini :(

Melor said...

suzie
betul tu. kalau boleh semua benda nak buat sendiri. tamak haloba hahahah

Melor said...

nazayiena
ada juga yg tak untung ya. penat

Melor said...

mala
ya la aku nak tido la nih