Sunday, March 11, 2012

Setem Antik - Part 1

Sapa minat kumpul setem, sila angkat tangan, jangan angkat kaki nanti berbauuuuu hihihi... Jangan malu jangan segan kite pun suka kumpul setem. Kalau awak malu kite pun malu juga. Jadi sama-sama la kite buat-buat muka tak malu k.

Apa kelasssss hobi kumpul setem lebih baik kumpul barang-barang yang ada brand. Tuuu... kata mereka yang tak suka setem bukan akak melor ya. Akak melor sukaaaaaa kumpul setem. Lain padang lain la belalangnya cik kiah ooiii. Lain orang lain la hobinya kannn.... kannn.... kannn.....

Sebenarnya nak cerita pasal hobi kumpul setem. Dah lama kita jadi pengumpul setem low profil ahaks...ahaks. Akak ni suka tul yang low-low nih hahhaa.... Seingat akak melor la hobi ni bermula masa akak masih kategori kanak-kanak bawah umur. Rasanya akak melor sorang la dalam famili yang ada hobi pelik macam nih. Pelik ke? "wat eve lah" hihihih....

buku ni khas untuk setem Malaysia aje.

Masa tu kan nak dapatkan sekeping setem punya la susah. Akak pula bukan dari keluarga senang dan tak ada sedara mara yang tinggal jauh-jauh dan masa tu juga tak pandai nak main-main surat nih, almaklum akak ketika itu ala-ala gadis pinggitan suci murni tak terpengaruh oleh anasir-anasir luar ha ha ha. Tulun-tulun akak di hempap perasaan .....

Kenangan paling syahdu masa akak melor jumpa setem nih. Jumpa dalam kasut yahya sulong arwah abah akak melor. Orang dulu-dulu kalau pakai kasut yahya sulong hidung kembang kan main lagi. Masa tu akak melor duk menerai kasut height heel muncung tajam mak akak. Mak akak dulu seorang yang bergaya ala seorang ratu di zamannya. Potongan saloma U nooooo. Tempias kegemarannya tu kena la sikit kat akak ni. Sebab tu la suka menerai kasut dia walaupun ketika itu kaki akak kecik aje. Terai sana terai sini sekali ternampak setem terus lupa pasal kasut saloma. Terlompat-lompat kegembiraan. Sampai sekarang akak simpan setem tu. Nak tengok sila scroll ke bawah ya.

unik sebab berlubang

Banyak sebenarnya nak akak bercerita pasal hobi nan 1 nih. Tengok tajuk pun ada part-part. Slow-slow akak story dan tunjukkan semua setem-setem yang ada dalam simpanan akak. Sampai sini dulu celoteh akak nanti sambung lain n3 lak. Makcik google dah tido, nak gi masuk workshop sambung aktiviti jahit menjahit akak tu. Kang tak siap tempahan customer, akakkkk juga yang menangis. Rosak reputasi akak, Senah.

Tunggu sambungan cerita Setem Antik ni dan nantikan juga cerita-cerita tentang koleksi CMelor yang lain di n3 akan datang. Cewah-cewah macam la hebat sangatkan. Takpa Temah iklan sikit-sikit takda sapa pun nak marah. "Bye-bye c u nek n3" sempat speaking lagi tuh haahaha bye.

7 comments:

Suzie said...

Sama dengan saya ....hehehhe angkat 2 tangan.Sejak dari umur 12 sampai skrg pantang tengok setem macam ada tarikan.Tapi tak suka beli suka yang ada kat sampul surat.Rasa macam puas sangat

mala said...

aku pun ada jugak album ...buat untuk satu family la sejak ada anak. hahaha tapi masa zaman budak2 tak pernah ada pun stem album. kalau nak tau mak aku ada stem album.

hema octovia said...

hahaha, bab setem berlubang yang antik tu yg mahal melor..ketawa saya baca entry awak ni la.

sy pun suka setem tp hobi tu dah thenti sejak thn 98 sbb xde lagi kwn yg gila setem masa tu. lebih2 lagi skrg ni susahnya nak cari org yg kumpul setem.

tp smpai skrg sy masih lg simpan buku setem sy. setem yg blm tpakai dan smpul surat pertama pun sy simpan juga buat koleksi.

Melor said...

suzie
melor pun kumpul dah lama.byk yang antik setem saya tuh

Melor said...

mala
kalau mak hang tak mahu setem tu , hang baling la kat aku nih. I sedia menyambutnya tauuuuu

Melor said...

hema
apa kata awk hidupkan balik hobi tu. boleh la kite tgk awk punya koleksi.

hema octovia said...

insyaAllah, nnti sy kluar kn balik buku setem sy. hrp2 msih selamat dr dimakan semut @ lipas...hihihi, nnti sy bg tgok awk ye