07 March 2012

Langkah Kiri - 6 March 2012

6 march 2012, hari yang cukup memalukan dalam hidup ku.......

Alkisahnya, . Malam sebelumnya dah rancang dan listkan apa yang patut di buat selepas kul 8.00 pagi iaitu selepas hantar hero gi sekolah. Kejadian bermula masa Melor gi pejabat pos nak pos barang customer kita.

Rancangan di rombak sebab terima ajakan kawan nak belanja makan breakfast pagi tu. Rancangan pun di ubah la. Sudah breakfast dan selesai urusan kat rumah, dalam kul 12.15 tengahari melor pecut gi pejabat pos JJ Au2. Sampai sana terus gi kaunter, dahhhhhh .....urusan pos laju kat situ tergendala, tak tahu bila boleh baik. Kata orang yang bertugas kena buat kat pejabat pos lain. Pejabat pos yang paling dekat di carrefour wangsa maju.

Masuk lif terlajak la pulak nak gi G terturun ke LG, tekan balik naik atas. Gi kat mesin Atm nak cek duit ada masuk ke tak. Sekali terlupa no pin la pulak. Haihh... macamana boleh lupa lak ni. Puas la cuba ingat tak juga mau timbul nombor tu dalam kepala nih. Sudahnya kita lupa aje la niat nak check tuh.

Pecut lagi nih, balik ambik anak kat sekolah. Sekali cikgu bagitahu esok wajib pakai kasut bertutup, berstokin, bertopi dan botol air bertali sudah...... Esok pukul 7 pagi kena ada kat sekolah, lambat bas tinggal. Hero kite nak gi rombongan sekolahnya.

Tak balik rumah terus pecut gi carrefour pula. Alang-alang dah kat carrefour mencuba nasib la pula kat pejabat pos situ. Hu ..hu .. pejabat pos penuh orang. Ambik nombor isi borang pos laju.

Sambil menunggu mata melor melilau ternampak la kedai kasut bata sebelah ada buat sale. Kita dah memang nak cari kasut. Hati ku berkata giliran lambat lagi nih boleh la gi beli kasut dulu. Save masa cepat boleh balik. Pergi la kite kat kedai tu. Anak- anak dalam troli tolak la bawa masuk kedai sekali. Anak-anak melor umur 1 tahun 7 bulan dan 4 tahun 4 bulan. Sekali entah tokey @ pekerja dia datang tegur melor troli tak boleh masuk. So Melor cakap saya nak beli kasut. Tak kan saya nak tinggal anak saya kat luar kedai.

Lagi pun melor tak nampak pun larangan kata tak boleh bawa troli masuk. Kalau ku nampak tentu le kita fikir-fikir dulu nak masuk. Kalau ya pun tulis la besar-besar biar senang orang nampak. Jangan le di tutup dengan banner kedai awak yang besar tuh. Bikin malu orang aje la.

maka terhasil la dialog seperti ini

pekerja : troli tak boleh masuk

melor : saya nak beli kasut. takkan saya nak tinggal anak saya kat luar kedai

pekerja : awak tak nampak tu tanda di larang troli masuk

melor : (intai tak nampak tanda larangan tu, sebab terlindung belakang banner iklan kedai. lagi pun larangan tu kecil je)

pekerja : ini bukan carefour boleh masuk dengan troli ( #*!!%%%?)

melor : dalam hati "kut ya pun cakap la elok-elok. terus keluar kedai tak jadi beli.

Eeeeee...... malunyaaaaaa la semua mata pandang kat melor . Rasa nak menangis ketika itu.

Terus kite gi kedai lain beli kasut. Rasanya itu la kali terakhir melor gi kedai kasut bata tu. Harga runtuh macammana pun tak akan ku jejak kaki ke kedai tu lagi.

moral of the story " jangan la berangan nak masuk kedai orang kalau anak awak tu penuh troli. kalau tak nak kena halau". Tak pa la orang tak nak jual kita pun tak nak beli. Tak beli bata kat carrefour wangsa maju tu pun hero melor tetap dapat pakai kasut baru. Lagi pun jenama bata tu pun bukan la hebat sangat. Rugi kau bata hampir rm 100.oo juga melor belanja kat kedai kasut lain.

Sudah urusan dapatkan barangan hero, melor gi balik kat pejabat pos, alang-alang dah datang tunggu aje la giliran kite sampai. Sampai giliran melor laaaaa.... salah borang la pulak. Tak kuasa nak menunggu di + dengan anak yang dah meragam dan menangis. Melor pun masuk kereta pecut balik. Donggak ke atas, langit gelap hitam legam dah sah-sah la lepas ni hujan yang turun pastinya lebat. Dalam hati melor berdoa agar sempat sampai rumah sebelum hujan turun. Anak-anak dah terlena keletihan.Macamana nak angkat masuk rumah kalau hujan lebat.

Malang betul la nasib kita hari ni....... huwaaaaaa...... malu.......geram..... sakit hati......

8 comments:

nazayiena said...

Sabar je le,klu Kak Nurul pun memang terus blah klu pekerja dia ckp dgn cara camtu,memang kadang2 satu hari tu ada kita buat semuanya x menjadi....

Suzie said...

MMg kan banyak kedai cam tu ...saya kalau macam tu saya tak masuk cari kedai yang boleh bawa masuk troli

Unknown said...

Assalamualaikum...

Sabar yer....keputusan cari kedai lain tu lah yg sebaik2nya...

mala said...

kelam kabut jadinya satu hari ya

Cik Melor said...

nazayiena
memang kite sabar je memanjang

Cik Melor said...

Suzie
selalunya melor masuk kedai yg boleh bwk masuk troli je. tapi hari tu x nampak larangan tu lindung dgn iklan dia

Cik Melor said...

Linrosly
kita pi beli kedai lain. Dapat kasut yg lebih berkualiti dr bata.

Cik Melor said...

mala
huhuhu.. langkah kiri keluar rumah