Thursday, February 16, 2012

Kitar Semula Kain Batik Lama

gambar ambil dari atas nak tunjuk betapa ayunya papan gosok ni bila berkain batik

Amalan kitar semula barang lama ni memang elok di amalkan. Memandangkan ekonomi dunia sekarang pun tak menentu ada baiknya kita amalkan sikap berjimat cermat. Salah satu cara nak jimat dengan kitar semula barang-barang yang ada di sekeliling kita. Bunyi macam pakar ekonomi aje la ya. Bukan apa kata orang ingat mengingati itu lebih muliakan. Macam ustazah la pulak. Kalau lagu nih sampai bila pun tak habis duk intro sampai ke sudah hahhahaha...... Kita balik ke tujuan yang asal k.

haiiih..... macam model rozita che wan la papan gosok saya ni bergaya

Gini haa... melor nak cerita. Alkisah kita punya kain alas papan gosok tu dah rosak. Bila lama-lama pakai benda tu akan koyak. Kita ganti guna kain lain koyak jugak. Kita beli pula yang baik punya dari satu jenama tu pun koyak juga. Nak buat macamana benda kalau hari-hari pakai dan gasak haba panas mana nak tahan. Waima tubuh badan kita sendiri pun kalau selalu di lanyak takdenya nak bertahan k. Jadi semalam melor tukar lagi alas papan gosok tu pakai kain batik lama.

ini papan gosok bilik jahit saya yang di balut dengan kain solat lusuh tuan pengarah

Papan gosok bilik jahit kita pun, tukar guna kain sarong solat tuan pengarah yang dah lusuh. Ceritanya kat sini. Yang terbaru kena tukar ni pula papan gosok untuk kegunaan rumah. Tukar guna kain batik kita yang koyak. Dah sah-sah 10 - 20 rm kita boleh jimat kat situ .Tu baru cover iron. Fikir la sendiri betul tak kata akak melor niiiiii...


11 comments:

mala said...

jom breakfast Khamis, 1 Mac ...

Nazayiena said...

Boleh berjimatkan.....Kak Nurul selalu terbeli lapik nie kecik dr papan,jadi pakai jelah wlpn singkat,hehehehe

mamawana said...

Gud idea. hihi

Kunang-Kunang said...

Bagus juga kitar semula ni, taklah terbuang saja kain tu kan.

Suzie said...

lagi elok kadang yang beli tu bukan cotton pun

Melor said...

mala
kena tgk jadual tuan pengarah lu baru boleh jwb

Melor said...

nazayiena
buat sendiri lagi baik tak semestinya pakai kain batik kain apa pun boleh. cara buat saya ada tunjuk kat label tutorial

Melor said...

mamawana
kongsi idea tu kan elok.

Melor said...

kunang-kunang
betul tu kak ani. nak buang sayang jadi simpan untuk kitar semula

Melor said...

suzie
betul tu.
napa blog x boleh komen
selama ni duk baca blog suzie tapi tak tahu tuan empunya hahhaha

gadisBunga said...

feeling macam gosok baju masa zaman takde iron boo. pakai kain batik. hihi.

*sekarang saya jarangggg iron baju kecuali kalau terpaksa~