Thursday, February 9, 2012

Frasa Perubahan Menuju Sunti


Dia dah mula berpersatuan dan bertudung. Satu dari proses pembesaran dan pembelajaran dalam hidupnya. Dia dah semakin besar lagi setahun dua akan jadi dara sunti. Yang pastinya diri ini makin menuju tua hu huh hu......

Semalam hari pertama dia berpersatuan. Minat sesuatu yang mencabar tapi masuk Puteri Islam katanya ikut kawan-kawan kalau ikut hatinya dia lebih suka Pengakap mencabar katanya. Teringat pula masa emaknya di alam persekolahan, kite dulu masuk pandu puteri. Masa tu pandu puteri kena pakai skit pendek. Glamo tak hingat uols.

Rasa macam nak menitis air mata bila terkenangkan kembali. Di usia awal 3 tahun dia telah menjadi yatim. Membesar tanpa kasih sayang ayah kandung walaupun ada penganti tapi takan sama belaian ayah sendiri kan kan kan.

Apa-apa pun yang pasti pakaian yang di pakai tu hasil dari tangan ibunya. Dalam sehari aje melor siapkan pakaian tu. Bangga + terharu hati saya melihatnya ketika itu dan bangga itu masih lagi terasa ketika saya menulis entri ini hahhahahah poyooooooo.

6 comments:

Mila@Rimbun said...

alahai comelnyer..
anak saya pun masuk puteri islam, kain pink dah beli tapi belum buat lagi, tudung pun belum hahhaa.. mesti kena bebel weekend niii.. tp mmg plan nak siapkan weekend ni pun

Suzie said...

anak saya sorang pbsm,sorang tunas puteri.hehehe kejap je dah besar kan.amaran juga la kejap je dah tua...hahhah

lienda said...

alahai jambunya ! leh lah kawan ngan anak dara kita....

Melor said...

milarimbun
esok nak pakai hari ni baru ckp mana tak ibu pulun menjahit

Melor said...

suzie
kte menuju tua dahhhh

Melor said...

lienda
boleh sesangat la