Friday, January 20, 2012

Nasi Goreng ISA

Nasi Goreng ISA a.k.a Nasi Goreng Ikut Suka Aku laaaa... Semalam dalam kul 3 petang perut mula berdondang sayang minta di isi. Memikirkan perut belum di isi dengan apa-apa makanan berat maka keputusan di ambil untuk goreng saje nasi dingin yang masih bersisa di periuk. Dari membazir baik la di goreng nasi tu kan. Terfikir pula nak kongsi resepi tak semengah ni. Walaupun resipi mudah tapi itu idea kita sendiri jadi patut ada rasa bangga. Apa taknya , sebelum ni melor dah di cop orang yang paling tak pandai masak dalam keluarga. Biarlah orang nak kata apa pun melor tetap nak kongsi resipi dengan semua dan juga sebagai kenangan . Maka otak di perah untuk mengarang cerita tentang nasi goreng ku ini. Ha ha, bukan calang-calang nak tulis cerita ni tau. Kena cukup masin, manis, masam dan tawarnya baru la kaw! kaw !

tengok, belum apa-apa dah ada yang cuba untuk mencuri rasa nasi goreng isa ku ini. Gemok betul tangan si pencuri itu ya. Nak Tahu resipinya? ok mari saya kongsi dengan anda semua

Nasi Goreng ISA ( ikut suka aku)

1 pinggan nasi putih
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah (besar)
1/2 biji bawang besar
1 gengam udang kering
lebihan sambal belacan
cendawan
carrot
sepotong limau nipis
garam gula secukup rasa
sedikit serbuk secubit rasa knor

Cara masak :-

- tumbuk bawang putih, bawang merah dan udang kering jangan terlalu hancur.
- tumis bahan tumbuk tadi sehingga berbau wangi masukkan bawang besar, lobak merah biarkan seketika dan masukkan nasi. Kacau sehingga rata.
- masukkan pula cendawan kacau seketika.
- masukkan garam gula dan serbuk secubit rasa knor kacau lagi sehingga masak.
- hidang mengikut citarasa sendiri dan jangan lupa perah limau nipis untuk membangkitkan selera anda.
- akhir sekali , apa tunggu lagi ambik sudu kite santap laaaaa.....

12 comments:

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Ada campuran belacan tu, mesti sedap

hema octovia said...

sedapnya...lapar2, klu ada lagi hantar sini ye...hehehe

mala said...

Aku suka nasi goreng mcm ni. Bila nk jamu aku nasi goreng? :-)

Nazayiena said...

Sedap nampaknya nasi goreng ISA nie...

eynda said...

Simple tapi tengok bahan konfirm sedap :-)

Melor said...

LF
mesti la sedap tambah2 lagi idea kite sendiri. kalau tak sedap pun tetap puji sedapkan hihihih...

Melor said...

hema
kie boleh pos kan . takut sesampai saya nasi dah basi je hahahha

Melor said...

mala
nanti kalu ada nasi dingin lagi ! I jamu U

Melor said...

nazayiena
pada tekak saya ni memang sedap. cuba sendiri aru tahu

Melor said...

enyda
cuba dulu baru tau

cik muntel said...

Kena ubah nama resepi ni... nasi goreng kelakar. Ok tak? Sebab Kak melur ni kelakar sangat!

cik muntel said...

Apa-apa pun, mun nak try la. Mintak izin ye!