17 January 2012

Ikan Bilis Goreng Kicap - Adussss Dia Meragam .....

Makcik google sekarang umurnya 1 tahun 6 bulan. Dah besar dan banyak akal. Tapi sayang rambutnya masih lagi tak panjang-panjang. Kontot gitu je. Semalam dia menangis mungkin kerana tak sedap badan. Sudah 2,3 hari dia cirit dan muntah-muntah mungkin kerana tak tahan perut kut , sebab melor ada bagi dia makan vitamin c. Benda yang dia tak pernah makan, terus perut nya meragam.

Hari sabtu lepas melor pergi pasar tani, nampak bilis besar tu terus beli. Sedap bilis ni tau tapi sayang bentuknya tak menarik kecil dan sikit hancur. Liur dah meleleh kecil pun kecil lah kite bila juga. Sambil dukung si makcik google sambil masak bilis tu ikut resipi mala simplicity. Selalu kita masak resipi ni masuk tauhu, kentang tak masuk kicap tapi nak rasa juga macam cik mala punya, kite ikut resepi dia, cuma kite derhakakan (pinjam mg punya ayat) sikit resipi tu dengan letak carrot yang di potong ala chef. Kite suka sayur jadi kite tambah la sayur. Isk isk isk ..... sedapnya .... bertambah nasi kite. Ni tak boleh buat selalu nanti tak pasal-pasal jarum timbang kita jadi gila hahahha. Cik mala simplicity U jangan maraaaaah...... I copypaste your recipe.

Ikan Bilis Goreng Kicap

Bahan-bahan
ikan bilis
bawang putih di cincang
bawang besar di hiris
cili padi - dihiris
kicap lemak manis secukupnya
garam & gula secukup rasa
limau - di belah dua
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih, besar dan cili padi sebentar dan masukkan ikan billis tadi.
3. Masukkan kicap. Gaul rata dan tambahkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan ke dalam mangkuk.
4. Perahkan limau dan siap untuk dihidang.

Menu sampingan. Sedap juga sesekali makan dengan nasi . Buat kawan si bilis hitam tu. Dijamin sehingga menjilat jari. Cuba teka apa dia. Melor bagi klu sikit... bahan asas dia isi ikan. Kalau tahu sila angkat tangan hahahahha.

8 comments:

Mila@Rimbun said...

terliur saya ngan ikan bilis goreng ni yumyum. dah lama tak makan

mala said...

adus! awat tak jemput aku join mkn nasi sekali? berapa kali tambah nasi? hehehe

Suzie said...

x boleh goreng bilis ni sebab nanti makan nasi banyak ...hmmmm bila mau kurus

Nur said...

Melor,
boypren Yati lauk peberet dia ni la, ikan bilis masak kicap. Ha ah, ikan bilis besor sikit tu, Yati selalu goreng camtu je, rangup makan dengan nasi panas.
Kepok losong ke tu?

Cik Melor said...

mila rimbun
memang sedap. licin kite sapu...

Cik Melor said...

mala
klu aku kasi tau hang nanti aku x cukup pula.. hihihi

Cik Melor said...

suzie
klu nak kurus jgn buat resepi nih bahaya

Cik Melor said...

yati
bilis besar colour hitam.
yang pasti keropok tu dr Kt. dah lama kawan bagi. mau kasi habis menyamak aje kat dalam peti ais tu