Monday, October 31, 2011

Handmade Snap Clip


Salam semua....amboi tajuk. Ada ke kena mengena dengan apa yang hendak melor tulis ni. Sikit tu ada la kenanya kata orang sipi-sipi. Sekadar cerita pasal kerja kraf melor buat. Sekarang ni angin nak buat sepit rambut jadi melor buat la. Layan angin sendiri hahahahah. Bunga dari fabric cotton. Ada senang dan ada juga susah nak buat bunga-bunga tu semua. Sampaikan melor rasa putus asa la kerana tak menjadi seperti yang dikehendaki.

Sepit -sepit rambut tu semua melor buatkan sebagai stok untuk CMelor's Shop dan juga untuk anak dara melor si kakak dan makcik google pakai. Opppss makcik google tak boleh pakai sebab tak da rambut. hahahhah lagi sekali.

Ini merupakan keluaran pertama CMelor Collection untuk sepit rambut bunga dari fabric cotton. Teringin la juga nak buat sepit rambut dari kain felt macam orang lain buat tuh. tapi duk terfikir rugi pula kalau tak dibuat apa-apa dengan perca kain yang melor ada. Bukan semuanya perca tau ada juga yang memang melor beli khas sebab suka dengan corak kainnya.

Tunggu la keluaran sepit bunga-bunga melor yang lain ya, Ada macam-macam jenis bunga lagi. Maklum la gila bunga. Dari bunga hidup sampai bunga kain jadi kegilaan. Asal nama bunga kita suka tau. Kalau nak lebih info boleh la klik Cmelor's Shop kat hujung atas sebelah kanan tuuuuu ya.

Sunday, October 30, 2011

Peace Lily

Salam semua..... semalam balik dari kedai terus aje kemas laman ciput melor. Makcik google belum bangun jadi ambil peluang mengemas laman . Kalau makcik google jaga tak boleh nak buat kerja. Dah lama pokok-pokok kesayangan melor terbiar tanpa belaian. Tiada keceriaan bila melihat ke arah taman ciput ku itu.

Masa duk mengemas terpandang la akan pokok peace lily ni. Dah berusia hampir 5 tahun peace lily ku ini. Pernah berniat nak buang aje sebab tak berbunga dan daunnya rosak di makan siput b*** tapi rasa sayang pula. Jadi melor letak la dia tersorok dari pandangan. Tak rasi dengan tangan atau daku yang tak pandai menanggani kehendak pokok tu sebab tu la tak berbunga. Seingat melor la peace lily berbunga masa mula beli dulu lepas tu langsung tak berbunga sampai la ke hari ni.

Melor tanam pokok ni sebab suka tengok bunganya yang unik, putih bersih indah di mata ku. Kalau diperhatikan kebanyakan bunga yang terdapat kat taman melor ni banyak warna putih. Kebetulan atau memang melor gemarkan warna putih, yang pasti bunga-bunga tu semua berbau harum.

Mari kita mengenali spesis spathiphlyllum wallisii dari family araceae ni. Nama jolokannya Layar Putih (white sail) atau Lily Aman ( peace lily). Ditanam kerana daun dan bunganya yang unik dan cantik serta berbau harum. Di beri gelaran peace lily sebab bentuk bunganya seakan-akan bunga lily dan berwarna putih.

Boleh dibiakkan dengan cara belah rumpun. Peace lily ini sangat sukakan keadaan lembab dan campuran tanah yang peroi dan kaya dengan humus. Perlukan cahaya yang banyak untuk mengalakkannya berbunga tapi boleh juga di kawasan yang sedikit terlindung. Elok di gunakan baja organik. Kalau mengunakan baja kimia elakkan terkena pokok kerana boleh menyebabkan lecur.

Idea pameran pula elok tanam secara kelompok dan gandingkan dengan pokok yang lain bagi mendapat hasil yang menarik. Melor tanam dalam pasu aje.

Keuntungan boleh di dapati dari bunga ini dapat buat bunga potong untuk gubahan bunga hidup. Tanam banyak-banyak dapat buat bisnes bunga potong. Bagi melor dapat pandang bunga aje pun dah cukup memberi ketenangan.

Tip bila tanam peace lily ni, sentiasa buang daun kering dan berpenyakit untuk kelihatan kemas dan cantik sentiasa. Peace lily ni mudah kena penyakit jadi semburlah dengan racun makluk perosak yang banyak terdapat kat nurseri. Kalau rajin buat sendiri racun perosak lebih selamat. Melor buat sendiri aje takut mudarat kat anak-anak kalau pakai racun yang dijual tu.

Nanti melor kongsi cara nak bagi daun pokok bunga kita bersinar-sinar dan buat racun sendiri . Nak tahu ikuti la blog melor selalu. Rugi tau, sapa nak bagi ilmu/tips percuma sekarang niiiiii hahahhahah.

Wednesday, October 26, 2011

Baju Baru Saya

Salam semua...... cerita tentang hasil terbaru dari jari jemari ku. Saja la melor buatkan sebagai stok untuk CMelor's Shop. Dah namanya kedai kena la ada barang untuk di jualkan. Tak kan orang datang semata-mata nak tengok reka bentuk kedai tu. Tentunya mereka yang berkunjung nak melihat barang yang terdapat kat dalam kedai kita kan. Jadi melor perlu la adakan sesuatu untuk di lihat. Dengan gigihnya melor berusaha mereka dan mencipta sesuatu sebagai hasil dari jemari sendiri untuk di isi ke dalam kedai kecil ku itu.

Dah kata "everything is CMelor's handmade" jadi segalanya kena la buat sendiri. Tak boleh main tipu-tipu. Kena betul-betul buat sendiri. Boleh tahan la letih buat kerja gini tapi ada seronoknya juga. Selain siapkan tempahan pelanggan offline, melor buatkan stok untuk CMelor's Shop sekali. Melor suka buat klip rambut yang hiasannya dari kain cotton. Nanti lain n3 melor cerita pasal klip rambut tu.

Baju ni hasil paling terbaru dari ku. Ada 2 helai sahaja corak dan warna ni. Hajat hati tu satu untuk makcik google. Memandangkan baju tu besar dengan makcik google jadi melor letak la dulu kat kedai sebagai stok. Kalau ada yang berkenan boleh ambik dulu. Makcik google nanti buatkan yang lain.

Baju- baju ni juga dah masuk kedai blog dan juga kedai facebook. Kalau nak lebih info sila-sila la berkunjung ke sana (*v*)

Tuesday, October 18, 2011

My Kedai Kat Facebook ???


Salam semua.....satu lagi kemajuan dalam hidupku. Hahahhahaaaaaaaa...... sebelum cerita apa-apa mari kita ketawa dulu. Orang dah lama ke bulan kita baru nak berniat. Orang dah lama berfacebook melor baru nak terkial-kial belajar update status di facebook hahahhaah.... sekali lagi. Ketinggalan betul la diri ku ini.

Sebenarnya akaun facebook ni dah lama melor miliki. Sebelum jatuh cinta dengan blog, facebook dulu yang yang melor kenali. Di sebabkan tak berapa suka benda- benda macam gini maka akaun facebook ku itu terbiar tanpa ada update status dicampur pula dengan tiada kepandaian dalam diri makin berkulat la dinding facebook ku itew. Anak dara melor yang berumur 8 tahun tu pun tahu pasal facebook ini kan pula maknya yang dah tua bangka ni. Hahhahahahah sekali lagi. Gelak untuk diri sendiri sebab berjaya jadi kodok bawah tempurung.

Tapi kini melor dah tak jadi kodok bawah tempurung lagiiiii tau. Kini daku dah berubah jadi kodok atas tempurung pula. Taraf tu dah naik sikit. Tak pa perlahan-lahan ku bergerak. Akan ku daki busut jantan tu hingga ke puncak kegemilangan. Akan ku tunjuk pada dunia bahwa aku juga boleh berjaya setanding mereka yang buka kedai kat facebook. Ohhhh tingginya azam dan kuatnya semangat ku untuk berjaya di facebook. Apa macam berkobar dan bersemangat tak kala membaca tulisan melor ini hihihih.

Apa-apa pun di sebabkan ketinggalan ini la, melor mula belajar tentang facebook. Sebelum ni banyak malas. Sekarang melor dah pandai update status di facebook. Melor juga dah berjaya buatkan satu page untuk CMelor's Shop kat facebook tuh. Tengok berapa tekun dan bersemangatnya melor. Melor pun dah tahu sikit-sikit nak godek-godek facebook tu. Masih lagi tengah belajar apa yang patut.

Untuk memudahkan mereka yang suka berfacebook menerjah CMelor's Shop melor buatkan satu link kat ruang atas blog kesayanganku ini. Klik aje kat situ sampai le kekawan ke tempat yang di tuju. Satu amanat ku untuk kekawan, jangan lupa klik butang "LIKE" ya. Bukan apa sekadar memberi sokongan dan semangat pada diri ku yang kerdil ini.

Satu lagi kejayaan kecil dalam diri. Syabas buat diri sendiri.

Sunday, October 16, 2011

Malware Buat Ku Sedih

Salam semua...... 6 hari, apa benda yang di buat sampai tak sempat nak update blog ?. Walaupun begitu hari-hari melor baca bloglist dan tak bloglist pun di baca. Kadang-kadang tu bila boring melanda diri, melor suka merayap ke blog orang baca cerita yang mengembirakan hati. Lebih-lebih lagi kalau jumpa tulisan yang boleh beri melor semangat dan ilham. Suka tau. Maklum la stay at home mum banyak la masa yang terluang . Ditambah lagi hari minggu memang tak boleh buat kerja apa pun, itu kanak-kanak gembira tak sekolah suka ganggu ku buat kerja. Jadi melor punya jadual bekerja 5 hari seminggu. macam kerja gomen. Ehhh betul ke? sejak ku tinggalkan dunia gomen tuh dah tak tahu lagi aturan kerja di situ. Masa berlalu semuanya dah berubahkan.

Ni nak cite pasal malware yang buat melor sedih. Hari ni masa melor buka 2 blog yang melor suka baca tu. Terus je keluar ayat keramat macam nih " Warning : Something's Not Right Here" sah -sah la bila klik tak boleh buka blog kawan tu. Sedangkan melor suka merayap kat situ.. Kasihan kat fizan sew addict dan diy bermulanya disini. Kalau kawan tu terbaca n3 melor ni cepat -cepat la cari cara nak hapuskan virus yang hinggap kat blog awak orang tuh ya. Untuk sementara waktu melor akan padamkan nama blog kekawan tuh dari senarai bloglist melor untuk elak jangkitan malware. Pada kekawan yang perasan nama blog mereka hilang dari senarai bloglist jangan kecik hati itu hanya untuk sementara aje. Bila keadaan dah selamat melor letak balik nama blog kekawan kat bloglist kita ok.

Monday, October 10, 2011

Hero Bikin Jantung Ibu Sakit

Salam semua..... dah masuk empat hari melor tak menulis. Ilham nak menulis tu ada tapi mood nya pula tak ada sudah nya blog tak berupdate. Hahahhah ..... sebenarnya itu semua malas punya pasal la.

Seperti biasa antara aktiviti bersama anak-anak iaitu bawa mereka keluar jalan-jalan, cuci mata dan kenyangkan perut. Terlalu lama tak keluar hari ni terasa la nak keluar. Tension tengok anak-anak duk bergaduh sesama sendiri. Mungkin lama sangat terkurung kat dalam rumah.

Kami pergi ke perpustakaan pulangkan dan pinjam buku baru. Mula-mula tu nak la lepak kat dalam pustaka tu tapi si hero melor jakun la duduk kat situ malu di buatnya. Dia buat aksi tarzan kat dalam tu. Bila semua dah mula jeling-jeling kat melor sebab anak bising melor pun cabut la dari situ. Selesai urusan buku kami pergi makan dan pusing- pusing cuci mata.

Semalam melor dapat jemputan majlis hari jadi anak kawan. Jadi niat keluar semalam selain bawak anak jalan- jalan melor nak mencari hadiah untuk si birthday boy. Bila dah jadi cerita hero bikin jantung ibu sakit. Semua benda yang di rancang habis berterabur.

Ketika ini la terjadinya hero bikin jatung ibu sakit. Selama ni tak pernah terjadi tapi semalam berlaku juga pada melor. Anak hilang dari jagaan. Selalu duk dengar cerita orang hilang anak. Semalam melor merasa macam mana perasaan orang hilang anak. Jantung laju je berdegup. Dalam kepala macam-macam benda yang terlintas. Merata la melor mencari. Last sekali jumpa la rupanya dia merayap mencari ibu . Usia 4 tahun apa la dia orang tahu sangat. Bagi mereka semua benda baik. Sapa tak sayang anak oiiiii..... Aduhai anak letih betul ibu ni melayan kerenah kamu semua.

Saturday, October 1, 2011

'The Versatile Blogger' award part II

Salam semua...... sambungan dari n3 'The Versatile Blogger ' pagi tadi. Setelah di lihat, direnung, di timbang dan di lambung melor tak dapat nak buat pilihan. Bagi melor semua mereka yang mem follow blog Dunia Cmelor merupakan blogger yang patut menerima award 'The Versatile Blogger' dari ku. Kerana mereka semua teramat istimewa.

I am forwarding this award to some lovely-bloggers and crafters... and whose name I did not mentioned please do not hesitate to receive this too.... you are as great as the rest.

Jae.jae

Mmy Thia

Nur-nba

sis mira

fifahnazri

capa

Nia

josrevalution

Nur-nba

Manismadu84

Chik Mimi

fazillatulnajla

Ar Rahmah

Azlie

~ShErA~

kekodokbulat

faizlily

Sasa Al-Sharif

*l0vE a.N.i.S*

noorsafone

AINA

eni

Nur-nba

drugbuster

Gadis Kampung

zaitun mohamed

anie nagoya

Dr. Heckle

Sobrepuja-se

Edyta

lyndazain

luahfikiran

Bapak

AJ Edrez

sonata anak kancil

kasihibu

cek aniz

SYANI

cikceriacorner

zulkbo

nabilah_2908

Kraf Aina

ernizz

ayin masliza

Magrib

fAtrinA

Puan Sue

LeeAneem

GreenWasabi

RaDiN SiTi AiSyAh

Hanis MY

azzey

man yusoef

Hanis Azla

Encik MamaT

fiqkbe

JaSSNaNi

dygZz

daniel zaidi

Tatie Atikah

eqbalzack

Vanilla Espresso

mamat

akuanakpahang

weda89

LinRosly

RAR

goldazone86

MEGAT ISKANDAR ZULKARNAIN

hazlin nazri

Rosmariza Abdullah

gadisBunga

Pakhabib

yang jauh di sana

Mufarwa

ati masrif

cinta-craft

cery

Qamaruls

C. Nine 'P.Mulus'

shinju

Kalamhati

hakimtasdiq

fizan wan pani

nadia nadiana

imanshah

mamasofwa

hysman

lanabulu

ros

MamaDaniel

Aku dan Sulaman

Sufeenan

et

a.z.r.i.n.a.03.07

atie
rieyana ynn

Putralop

Spallan

Blues Riders

rasli jaafar

WANDA ROSZAK

Sekamar Rindu

sunflower

lya_afrina

balqees dairy

ikan emas

azana

LEEN

Idalara

normahmispar

Lelord

Mohammad Abu Bakar Kamal

SHA

eynda

Yatie

Ammni

Werdah

NH

greatsword_blader


Memorabilia

milakamila

tomei

Na Einazwa

HeMa

Masrina Alim

MATAHARI

zulkbo

agrobio

mohammad

mimie

alehkayong™

Ayl Aziz

Yusrizal

hazeleyed

ikutsukakoi

juenisara

kak ida

nonie

mamawana

Datin El

Zaidah

nurazimah

faizzhani

ida

diLa

annie

pnkartini

annfrendly

~pakkaramu~

BlogAbangAji

Hanim Rohanim

BUJANG SUSAH

Rozy

rose --{@ ibuRafiq @}--

Mama Sohayl

maiyah

LoveZahra

piewahid

azlina

mala

SIREH JUNJUNG

budakbalun

DDrfauziah

shima

Pondok Nur Salam

Melur

Yati

monaliza_kao

Welly

fzi

nannie

MrsNor

nik firdhaus

wan rockey

Tatie Atikah

Mior

nu fail

Nik Mohamad

Nik Sabariyah Nik Muhammad

Nik Roslina star2

Azleena

alejandraamante

Calipso

hanishaimigaleryantik.blogspot

nai

tokdon

nai

tokdon

LovelyN's

Have a nice weekends all and happy always..............
ta
KluNext »