01 November 2011

Hujan - Saya suka

Salam semua..... tips untuk suburkan dan segarkan tanaman kita. Selain tanam bunga melor juga suka tanam ulaman dan tanaman dapur yang lain. Ala tanam pokok-pokok herba untuk buat masak tu. Salah satu cara melor untuk segarkan tanaman itu ialah dengan, jeng ! jeng! jeng!

'Hujan'. Bila hari hujan je melor akan angkat pasu-pasu pokok yang di bawah teduh letak kat kawasan lapang bagi kena air hujan Perasan tak pokok yang kena siraman hujan nampak segar lain macam berbandingkan dengan siram guna air paip Tak caya ? cuba la perhatikan dan praktikkan.

Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Jadi pada saya ia berkesan.

5 comments:

Anonymous said...

Ada juga pendapat mengatakan air hujan tidak bagus untuk pokok sebabnya air hujan melalui perjalanan yang jauh untuk sampai ke pokok kita, jadi cara terbaik ialah selepas hujan siram balik pokok kita dengan air paip, terutama kalau pokok orkid.

Wallahuwaklam.

Arizakiah said...

kat Kelantan sekarang musim hujan..pokok-pokok segar bugar....

Cik Melor said...

kunang2
jimat bil air la akak

Cik Melor said...

Arizakiah
kat sini pun hujan jugak tapi selang seli denngan panas

liza said...

betul la cik Melor, bila hujan je tak lama kemudian pokok-pokok berbunga dengan meriahnya...