17 November 2010

Sate Goreng

Salam semua...... bila tiba hari raya, semua orang bergembira tetapi aku sedih sorang-sorang sebab tak leh balik kampunggggg. Mula la teringatkan menu bonda dan kekanda selalu masak. Teringin pula nak makan sate goreng macam kekanda melor selalu masak setiap kali raya. Jadi menu pagi raya rumah melor kali ni dah sah-sah la sate goreng. Semalam perap daging, pagi tadi melor goreng makan gan nasi impit dan kuah kacang. Nampak tak benda yang hitam dalam gambar tu, tu la sate goreng terhitam la pulak. Hitam bukan sebarang hitam. Hitam kerana terlebih gula. Hitam pun hitam lah janji sedap. Kebetulan pula member nak singgah lepas solat raya ada le teman makan pagi raya walaupun tak balik kampung. Tengah2 duk taip n3 ni gerombolan kaum kerabat melor sampai. Kata balik kampung napa pulak datang sini. Suspen ni kenapa ya? ooooo cuti tak lulus. Sib baik melor banyak rebus nasi impit. Dapat la mereka menjamu selera. Nak cuba buat sate goreng. Mari kita kongsi resipinya ya.

bahan-bahannya:-

1 kilo daging @ ayam
10 ulas bawang merah #
3 ulas bawang putih #
2 inci halia #
2 inci lengkuas #
3 btg serai #
2 inci kunyit #
1 sudu kecil jintan manis *
2 sudu kecil jintan putih *
4 sudu kecil ketumbar *
garam dan gula mengikut selera masing-masing

cara membuatnya:-

- bersihkan daging @ ayam sejat dan masukkan ke dalam bekas untuk di perap.
- sangai dulu bahan yang bertanda * dan kisar selepas itu. Masuk ke dalam bekas perap.
- kisar bahan yang bertanda # dan masukkan ke dalam bekas perap.
- Masukkan gula dan garam secukupnya dan digaul rata. Simpan dalam peti ais.

Cara menggorengnya :-

- masukkan dulu daging @ ayam ke dalam kuali tanpa minyak sehingga kering air daging barulah di tuangkan sedikit minyak masak. Seeloknya pakai kuali yang tidak melekat.

8 comments:

My Little Diary said...

sedapnya sate goreng.. hehe



entry terbaru"aku teruja"

Werdah said...

Salam Kenal..

Terima kasih ke blog.. sate gorengnya tentu sedap.. MasyaAllah..

Cik Melor said...

my little diary
nak tau sedap tak cuba la buat resipi dah di beri

Cik Melor said...

werdah
tq follow balik.suka menambah kenalan
berkawan biar beribukan.

Yatie said...

Salam Melor,
Salam Aidiladha dari akak...sedapnya satay goreng tu...ratah2 gitu je pun best..

MamaDaniel said...

sedapnya sate goreng.. mak saya pun selalu buat time raya.. tp tahun ni raya haji tak balik kampung... huhuhu..\
salam perkenalan kak... :)

Cik Melor said...

yatie
terima kasih

Cik Melor said...

mama daniel
terima kasih