26 April 2010

Gulai Siput Sedut Cara Mak Kita

gulai siput sedut
Suka makan tapi tak pernah nak masak sendiri sebab susah nak dapatkan siput sedut ni. Yang ada jual di kedai makan tu biasanya di masak lemak cili api. Cik melor nak makan masak siput sedut cara mak kita tau

Semalam pergi pasar tani sekali nampak ada orang jual siput sedut terus kita beli senah eh.  Di tempat kelahiran kita siput sedut berbentuk bulat. Di KL hanya siput sedut panjang-panjang yang dijual. Nama siput sedut tu ialah siput belitong. Tak dapat siput bulat, siput belitong pun jadilah senah oii.

Walaupun senah tak minta resepi gulai siput sedut cara mak kita ni, kita tetap nak kongsi tau

Bahan-bahan gulai siput cara mak kita:
  •  Siput sedut @ belitong (bhn penting ni)
  •  bawang merah*
  •  bawang putih*
  •  Lengkuas*
  •  kunyit hidup*
  •  cili padi*
  •  ketumbar digoreng*
  •  kelapa goreng*
  •  daun kadok & daun limau purut
  •  santan
  •  asam keping, gula, garam

cara masak gulai siput cara mak kita:
  • kisar semua bahan bertanda*. Masukkan daun kadok, daun limau purut, santan, asam keping dan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Masak sehingga mengelegak. Masukkan garam dan gula. Akhir sekali masuk siput sedut. Ok dah siapppp.   

Jangan lupa cuba senah ya. Bye..


    6 comments:

    mala said...

    alahai sedapnya....

    Melor said...

    mala
    memang sedap, mentua dtg pun wak tak perasan.

    maiyah said...

    sukerr.. sukerr siput sedut nih

    Melor said...

    maiyah
    pa tunggu lagi cuba la resepi mak kita ni. sukatan main agak2 je la.

    Yati said...

    Melor,
    memang sedap masak lemak siput sedap.
    Yati bab potong ekor tu tak pass lagi. Kadang ok, mostly tak elok. Jadi kita sedut pun, susah nak keluar.

    Melor said...

    yati
    ptg kaci byk sikit baru lah blh keluar n jgn siput tu dimsk lama gat tentu senang dia kluar