![]() |
| otw balik ke kayangan |
Pinggiran Kuala Lumpur🌿.... Walau dah tak tinggal ditengah bandar Kuala lumpur tapi cik melor tetap kena masuk setiap pagi ke tengah bandar tu. Ada urusan yang belum selesai. Emm.... tahap sabar kena tinggi untuk jalani kehidupan macam cik melor ni. Wahai hati sabarlah untuk setahun lebih lagi😁
Rezeki hari ni, otw balik, jalan raya dalam Kuala Lumpur nak ke kayangan cik melor sangat tenang. Seronok cik melor memandu tak perlu stress dengan kenderaan lain. Nak hadap ragam pemandu yang pelbagai pun boleh tahan membuak darah hahhaha...
Kalau setiap hari macam ni, cik melor rasa penyakit darah tinggi dalam Kuala Lumpur ni pupus. Warga Kuala Lumpur sihat sejahtera termasuklah cik melor. Tapi tak masuk akal kalau Kuala Lumpur tak jamkan. Tinggal di Kuala Lumpur ni terutama tengah bandar kena pandai tengok masa dan atur masa untuk keluar dan berada di atas jalan rayanya.
Syukur sangat setakat hari ini, jalan raya nak ke kayangan cik melor belum pernah banjir kilat. Kalau dulu masa tinggal ditengah bandar kuala lumpur hati cik melor selalu risau. Bila hujan lebat 2,3 jam tanpa henti pasti banjir kilat yang boleh tenggelamkan kereta.
Tepi istana tumpangan cik melor tempat air berkumpul dan paling dalam. Untungnya istana tumpangan cik melor tu bertiang tinggi jadi selamatlah kami sekeluarga. Yang paling tak selamat keretanya, kalau lambat bawa keluar laluan akan tersekat, terkepunglah kereta antik tu. Cik melor hanya berdoa agar hujan berhenti cepat.
Mana tak takutnya, kalau kereta antik tenggelam banjir, parah la. Kos membaikinya, masanya. Tanpa kereta antik tu susah cik melor nak bergerak kerana kereta antik itu kaki cik melor😅
Tunggu cerita tentang istana tumpangan ditengah kuala lumpur! Bye besties💗

No comments:
Post a Comment