28 October 2026

Philodendron Selloum - Terapi Dan Elegan Cara Kayangan

indoor plant sesuai dengan warga kayangan

Pinggiran Kuala Lumpur🌿..... sesekali menatap sudut dalam rumah, cam ada yang kurang.  Agak Senah apa yang kurang? Bagi orang macam cik melor ni tentulah warna hijau😁. Sejak jadi warga kayangan ni cik melor kena tukar strategi camana nak kekalkan hobi tanam-tanam dalam ruang dan cahaya yang terbatas ni.

Kita tanam indoor plant la kan!😅. Rasa tenang sangat bila ada sentuhan hijau dari pokok hiasan (indoor plant). Salah satu koleksi cik melor si pokok Philodendron selloum (atau dipanggil Thaumatophyllum bipinnatifidum) yang tersergam indah dalam pasu putih ini.

Daunnya yang lebar, bertoreh-toreh unik, dan rimbun menghijau memang ada auranya yang tersendiri. Gaya bentuk daunnya saja dah nampak cukup mewah dan premium! Tak hairanlah orang selalu gurau, pokok jenis macam ni selalunya jadi pilihan warga kayangan untuk menghias ruang tamu. Tapi hakikatnya, sesiapa pun boleh salurkan jiwa estetika untuk hias ruang rumah jadi lebih exclusive.

Penjagaanya pun senang tanam, jaga air, jaga baja, sentiasa lap daun dengan kain lembab, pastikan cahayanya jangan terlalu panas dan paling penting kata pakar, pokok Philodendron selloum tak suka beralih tempat.

Bila diletakkan di sudut berdekatan tingkap atau sebelah kabinet TV, terus berubah suasana ruang tersebut. Ia bukan sekadar hiasan (deco) untuk mempercantikkan rumah, malah menyuntik elemen alam semula jadi yang melembutkan suasana dalam ruang kediaman. Pakar ID sebut organic modern.

Cik melor kan tengah mendeko rumah. kononnya nak buat tema organic moden dengan apa barang dah ada. Nanti kita sama-sama tengok jadi tak cik melor merialisasikan tema organic modern.

Paling penting, membelai dan melihat perkembangan daun-daun baharu pokok ini bertindak sebagai satu terapi jiwa. Selepas seharian penat dengan pelbagai urusan, dapat duduk berehat sambil menikmati pemandangan hijau di dalam rumah betul-betul melegakan minda dan memberikan rasa tenang.

Memang berbaloi menanam dan menjaga indoor plant macam ni. Rumah nampak lebih cantik, jiwa pun rasa lebih tenang dan damai! Tapi tak semua orang suka pokok ada dalam rumah. Betul tak Senah? cik melor suka😅

Selamat malam Senah2 and besties🌸

No comments: