27 October 2026

Dari Kamera Olympus Kecil Molek ke Lensa Telefon

hasil tembakan warga kayangan

Pinggiran Kuala Lumpur🌿..... bila pandang lama-lama gambar pemandangan dari jendela kayangan ni, terus terbayang macam ada Raksasa dengan Ultraman yang akan keluar lalu bergaduh dekat situ! Hahaha, berselindung di sebalik awan mendung dan tiang-tiang elektrik yang tinggi lampai tu😅. Macam-macam bentuk imaginasi yang boleh masuk dalam kepala kalau diikutkan angin kreatif Cik Melor.

Teringat pula zaman kegemilangan blogging dulu, ambil gambar guna kamera digital Olympus kecil molek sahaja. Kemana pergi kamera tak pernah lupa bawa. Senang jumpa je view cantik terus boleh tembak. Bentuk kamera yang kecil molek senang nak selit dalam handbag.

Sekarang, nak hias entri blog DUNIA CMELOR, cik melor guna kamera telefon android je Senah2 oi. Kadang-kadang tu gambar yang terhasil jadi kurang menyerlah, tak seindah yang di mata. kadang cantik gambarnya. Sebenarnya itu semua bakat dan ilmu yang dimiliki bukan sebab kamera atau telefon betul tak senah.

Kalau kita pandai dan mahir, hobi menembak gambar ni sebenarnya boleh jadi punca duit tau. Contohnya boleh jual hasil tangkapan gambar kat internet, jadi jurufoto untuk majlis perkahwinan orang, atau macam-macam lagi peluang rezeki yang ada di luar sana. Cuma nak dengan tak nak sahaja. Kalau cik melor ni pandai dan reti teknologi, silap-silap boleh millinaire sekarang ni, tak begitu Senah2? 😂🙏

Apa pun Senah, hobi tetap hobi. Janji cik melor dapat tunjuk view yang menenangkan mata memandang dari "kawasan Kayangan" ni. 

Jumpa lagi di entri DUNIA CMELOR seterusnya! Bye Senah2🌸

No comments: