![]() |
| view malam dari mata "warga kayangan" |
Biasalah anak-anak bila balik masing-masing lapar nak makan. Cik melor dah siapkan nasi dengan kari ikan bawal campur terung. Masak kari "bodo-bodo" kata orang tua-tua. Maksudnya campak apa yang ada. Seperti yang dijangka, dapat komen dari anak-anak, katanya kurang rasa. Cik melor tak rasa masa masak, takda nafsu nak merasa😅. "skill" memasak belum mai sepenuhnya. Takpalah, yang penting perut anak-anak kenyang dan boleh tidur lena malam ni.
Lepas makan, masing-masing masuk bilik buat hal sendiri. Tinggallah Cik Melor seorang diri pelan-pelan sambung mengemas. Buat kerja rumah tak boleh laju-laju, kena jaga kesihatan diri.
Bila pandang keluar jendela, Allahu... cantik sungguh pemandangan malam dari kayangan ni. Cahaya lampu bandar berkelip-kelip di bawah sana memantulkan panorama pingiran bandar yang tenang dengan deraian hujan. Senah caya tak?, cik melor tak pernah tutup jendela waktu malam, Sengaja tak tutup sebab suka kalau terjaga di tengah malam nanti, mata langsung terpandang ke luar jendela—menatap keindahan malam yang bersih, tenang, dan damai. Senah tak caya ek! pejamkan mata senah sekejap dan bayangkan, rasa tak kesyahduannya😂
Bila anak-anak dah besar ni, masa untuk diri sendiri itu makin banyak pula ruangnya. Disebabkan itulah, macam-macam rancangan berlegar-legar dalam kepala Cik Melor sekarang ni. Tunggu masanya sahaja nanti, sama ada tertunai atau tidak, kita serahkan pada takdir.
Selamat malam dari DUNIA CMELOR!🌸

No comments:
Post a Comment