11 March 2019

I Dream Of Jeannie Costume Ala Makcik Google

jeannie costume

No tayang-tayang itu bukan Cik Melor hihiih. Jadi Cik Melor nak tayang Makcik Google melaram dengan costume '1 dream of jeannie ala Makcik Google' hasil jemari mommynya la. 

Suka sangat buat kerja last minit. Sudahnya mata bertongkat pun tetap buat rempitan maut  padan muka Cik Melorkan. Walaupun mata bertongkat masa merempit, Makcik Google tetap boleh melaram ikut tema Arabian Nightnya. 
 
Disebabkan nak cepat, tak dapat la seratus peratus ikut baju Dream Of Jeannie tu. Iras-iras 'I dream Of Jeannie' pun ok la kan.

Nasib baik la ada kedai kain dekat murah pula tu. Lepas tu semua barang kita nak ada. Jimat masa Senah kannnn. Apa!!!  Senah nak tahu kedai kat mana? Ala kedai kain nagoya dalam aeon big wangsa maju la Senah eh. Tak caya kalu cuba la gi intai-intai tengok ya.

Cik Melor beli kain chiffon yang buat alas baju tu dalam  1 1/2 meter untuk seluar aladin dan  skaf kat leher Makcik Google tu. Kain jersey kaler merah 1 meter. untuk baju sekerat dan hiasan rambut Lepas tu lace pink kecik tu semeter dan beli manik rambu ramba untuk langsir tu dalam semeter. Lepas tu pakaikan iner kat belah dalam tak nak nampak perut boroi Makcik Google dan tak seksi sangat hihihhi.

Bahagia sangat bila Cik Melor tengok ada senyuman lebar di wajah Makcik Google masa sarung baju '1 Dream Of Jeannie Ala Makcik Google' tu. Penat pun tak terasa bila anak senyum.

Nak tahu camnana rasa bahagia tu, Cuba la Senah jahit baju untuk anak-anak hiihihi. Bye.