05 March 2019

Apam Pisang In The Making


apam pisang

Tadi petang balik dari hantar Makcik Google dan ambil Sibujang dari sekolah, Cik Melor kejar buat 'apam pisang in the making'. Tempahan customer untuk majlis buka puasa. Alhamdullilah rezeki.  Sikit-sikit lelama membusutkan Senahhh.

Senang je nak buat apam pisang ni Senah eh.  Senang-senang pun kalau takda bahan utama tak jadi kuih apam pisang ni hahhahaha. Pastikan ada pisang baru boleh buat apam pisang .Loyar buruk pula Cik Melor ni ya. Saja nak ceriakan Senah. Kalau serius sangat pun tak best bacakan Senahhh

Apa??? Oooo nak resepi. Boleh aje, Senah scroll bawah ya.

Resepi 'Apam Pisang In The Making'

1 1/2 cwn tepung gandum

1 cwn gula

1 cwn minyak masak

1 cwn pisang lenyek 

1 sb susu manis

1 biji telur

1 st baking powder

1 st soda bicarbonate

Cara buat apam pisang in the making

1. blend gula dan telur tu bagi kembang dalam 1 minit, Lepas tu masukkan minyak masak, pisang lenyek, asen vanilla.

2. satukan tepung gandum, soda bicarbonate, baking powder. ayakkan

3. satukan 1 dan 2, kacau sebati.

4. masukkan adunan dalam bekas kuih paras 1/2 @ 3/4 je ya.

5. Kukus dalam 30 minit. Balut tudung kukusan dengan kain elak dari air menitik ke dalam kuih.

6. Cukup 30 minit. tutup api dan buka tutup kukusan biarkan seketika. Dalam 1 ,2 minit pastu baru angkat.

7. Dah sejuk sikit baru keluarkan kuih apam pisang dari acuan.

Maaflah Senah sebab takda gambar kuih apam pisang yang dah masak, Cik Melor lupa ambik gambar terus bagi ke customer huhuhuuh. Bye 


No comments: