Senah nak tahu, hari ni Artis Cilik Setiawangsa @ Arcisa buat majlis sempena 10 tahun groupnya. Makcik Google salah seorang ahli kepada group Arcisa ni. Dari pagi membawa ke petang kami'parents' bertungkus lumus menjayakan majlis 10 tahun Arcisa yang diadakan.
Sejak Makcik Google menyertai group Arcisa ni hidup Cik Melor tak boleh lagi 'rilex-rilex'. Semuanya terkejar-kejar. Lagi-lagi kalau nama Makcik Google terpilih untuk ke show yang diadakan group Arcisa. Setiap malam mesti ada latihan.
Kalau tak kerana nak membina sahsiah diri, membina keyakinan diri dan minat Makcik Google, tak kuasa kita nak layan. Lagi pun sejak kementerian pendidikan menerapkan PAJKS ni anak-anak sekolah mesti aktif dalam kokurikulum.
PAJKS punya pasal, kita memaksa diri benarkan Makcik Google sertai group Arcisa dan kelab teater manakala sibujang pula masuk PBSM, robobtic dan chess di sekolah mereka.
Bergambar kenangan dengan orang kuat Setiawangsa Datuk Fauzi dan Isteri.
Bukan senang nak bergambar dengan anak-anak. Maklumlah kitakan camerawoman
Tukang sibuk. Kemana pergi mesti kena angkut sebab takda orang nak jaga 😂
Sekali sekala kita pun nak juga interferemmmmm. Byeee..
No comments:
Post a Comment