14 September 2017

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Allahhuakbar, bila dengar berita kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Semoga syurga la tempat mu sayang. huk, huk, sedih cik melor rasakan. 

Tak sanggup nak on video ke, gambar ke, yang berderu-deru masuk ke wasap tpon kita. Akhirnya, selepas selesai tugas menyupir anak sekolah kita memberanikan diri membaca wasap, baca berita di internet perihal kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tersebut. Sambil baca, sambil lap air mata, hiba hati tak terkata.

Tahun 2016, kita selalu melalui jalan di depan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ni. Masa tu, kita tinggal di keramat hujung buat sementara waktu. Sementara pun setahun juga kita duk ulang alik di keramat hujung tu. Sampai kita kenal lah selok belok jalan dan lorong disitu huhuhu.

Hari-hari duk ulang alik 5,6 kali sehari depan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tu. Dari takda bangunan sampai le siap bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Lepas tu Kita menjadi saksi sambil lalu pada hari pendaftaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Seronok tengok makbapak mendaftar anak-anak di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Sesekali terbit juga dihati nak menghantar sibujang belajar tahfiz kat situ. Depan rumah hari-hari boleh pergi melawat. Hari-hari boleh buat alasan nak datang melawatkan senah ahakz.

Syukur lah kita tak terdaftar sibujang di situ. Kalau takkk, mungkin kita salah sorang mak yang ditolak masuk ambulance dek kerana pengsan depan  Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tu.

Syukur ya Allah. Bye.

 

2 comments:

Normala Saad said...

Al Fatihah.

Cik Melor said...

normala saad
sedih utk mangsa dan syukur utk sya