11 May 2017

Alteration : Potong Kaki Seluar

alteration seluar

Pepagi lagi hujan dah turun. Eeee sejuknya nak mandi senah weh.. Cuti-cuti ni mandi lambat sikit pun takpa la kut. Syyyy!!!! senah jangan bagitahu orang cik melor tak mandi pagi hihihi..

Cuti sehari kita sempat buat aktiviti alteration /potong kaki seluar customer. Adalah 3 helai senah eh. Alhamdullilah, walaupun sikit ia tetap rezeki..

Sejak sibuk menyupir anak sekolah, kita cuma dapat buat aktiviti kecik-kecik je. Contoh macam alteration potong kaki seluar ni la. Tak berani la senah eh nak ambil tempahan baju. Takut tak sempat siap. Tapi kalau customer kata ' take your time' kita berani la terima huhuhu.

Raya tahun ni kita hanya jahit untuk family sendiri saja. Untuk customer kita tutup kedai. Buka tingkap sikit je bagi sesapa yang nak huluq minta kita buat alteration hahaa.

Senah nak tahu, buat alteration saja pun boleh mendatangkan duit. Tak mahir menjahit pun takpa janji senah ada asas menjahit dah boleh buat kerja-kerja alteration. Kalau ada kesungguhan dan minat lagi la bagus, kedai pun senah boleh buka.  "SENAH ALTERATION -  pakar baik pulih pakaian" hebat tak senah hahaah...Bye


No comments: