28 September 2016

Abadikan Kejayaan Saya Juga - Makcik Google

Semalam Makcik Google komplen kenapa tak tulis cerita kejayaan dia sedangkan abang mommy tulis. Hemmmm... bukan senang jadi ibu. Serba serbi kena adil. Kalau tak macam-macam komplen awak dapat senah eeeeeyyyy..

Kata Makcik Google, dia pun nak masuk paper juga. Aduhai sayang mommy. Ibu hanya penulis blog bukan wartawan berita. Wahai encik dan cik wartawan mahukah kamu menulis cerita kejayaan anak saya ini.

makcik google

Makcik Google tayang dua trofi yang dia dapat dalam tahun 2016. Warna biru dapat masa  pertandingan tarian antara PRA (berkumpulan) yang di adakan di di sebuah sekolah di Keramat. Tempat ke empat.  Keempat pun Makcik Google dah gembira sangat.

Manakala yang warna putih tu, trofi yang di menanginya baru-baru ni. Senah lupa ke. Alaaaa...kan kita ada buat cerita pasal Makcik Google pakai kebaya nyonya pink tuuuuu... Ingat kan. Apa tak ingat juuuuga nah klik sini.  Kali ni Makcik Google dapat tempat kedua (perseorangan). Bertambah gembira la Makcik Google.

Nanti dalam bulan oktober ni ada lagi satu pertandingan yang akan makcik Google sertai. Kali ini nasyid berkumpulan. Tunggu tengok Makcik Google And The Gang boleh dapat trofi ke tidak.



Meh senah kita happy-happy tengok Makcik Google And The Gang buat persembahan hari jumaat minggu lepas. Persembahan tu sempena penutup sambutan bulan patriotik 2016. Sebelum buat persembahan Makcik Google naik pentas ambil trofi yang di menanginya.


ni video sambungan sebab masa kita rakam tu tertekan butang stop. Nasib baik sempat sambung rekod balik. Sori la gambar video kurang cantik. Napa ya, dalam tipon kita cantik je gambar. Bila post kat sini kelabu jadi gambarnya. 

Takpa lah senah ya . Janji nampak pergerakan, ada warna pink, ada bunyi kira ok la kan hahhahah... Bye. 


6 comments:

Nur said...

Hehe.. comei je budak-budak. Tahniah pada anak dan ibunya sekali. :)

Cik Melor said...

yati
tahun depan dah masuk tahun 1. dah takda dah buat aktiviti comel camni

Tengku Sofia said...

Hehehe comel je makcik Google ni. Tahniah! :D

Sweet And Simple said...

hahaha...gelak sy baca entry ni. biasalah kan budak2, kita layan kan je. Tulis kat blog pun kira wartawan juga.

lama sy xjenguk blog ni. lepas nampak zarul umrella dlm iklan gegar vaganza terus ingat nak masuk sini hehe.

Cik Melor said...

tengku sofia
makcik google ckp terima kasih puji dia hihiih

Cik Melor said...

impianima
wak lama tak berblog rindu kite la. tu la makin besar makin byk ragam dia