29 April 2016

Inter School Karate Championship 2016.





Senah eh nampak tak vidio kat atas, yaaaa vidio kat atas tu. Sebenarnya kite ni nak menayang dan berkongsi cerita sibujang kite. Well inikan cik melor, if no benda nak tayang is not cik melor maybi it cik melah. Hentam saja lah senah. Janji u n mi hepiyyyy gitu hahahhahaah

Senah nak tahu, sibujang kite masuk karaaateee. Menanggis teresak-esak ni bila kite tak bagi masuk karate. Bukan apa senah eh. Risau maknya ni anak dah la tulang saja. Kut la retak ke , longgar ke, beraleh ke tulang tu sapa yang susah kitaaaa... juga yang susahkan..kan..kan....senahhhh.

Nengokkan sibujang duk menangis teresak-esak hingga airmata menitik-nitik ke lantai, hati kite jadi lembik. Selembik biskut kraker cap ping pong di rendam air milo pepagi masa bekfes diaorang hiihhiihihi....

Emmmm.... tugas kite la pula memujuk tuan pengarah supaya di izinkan sibujang masuk kelab karate sekolahnya. Berjaya memujuk si bapa, senyum meleret la sibujang hajat sudah kesampaian.

Belum 2 bulan berlatih karate, satu hari sibujang kite bawak balik kertas perlawanan antara sekolah, Nak join kalu kena bayar rm100.  Tempat bertanding di adakan kan kat gombak. Hemmm duit laaagi.

Nak buat macamana senah eh, kite ni bukan orang ada-ada bab duit tu berkira-kira la sikit. Kalau kata la kan kite ni orang ada-ada, sebut je nak masuk apa. On aja kitenya huhhuhuhu

Tak sangka la senah pasukan bujang kite berjaya dapat tempat kedua. Ada lah juga hasilnya. Selain dapat bawak balik medal ngan sekeping sijil untuk diri sendiri, dapat la diorang bawak balik piala kemenangan serta harumkan nama sekolah. Yang teruk mak sibujang la 7 hari seminggu  terpaksa menyupir huhuhu penat tak usah cakap la.

Ya apa ?????? oooooo pasal video lain lain tu ya. Emmm.... takde benda lain la senah eh, itu kerana kita ni tak teror nak kecikkan size vidio. Vidio yang atas tu, cik melor terpaksa masuk fb dulu pastu kopipes la ke blog.

Yang bawah tu kite upload dari laptop kite je . Sebab size tak lebih 100mb selamat la yang bawah tu. Senah dah puas hati ngan penjelasan kite? ok. Byeeee


No comments: