23 September 2015

Hai La Mata....

Hai senahhh....  pukul 3 pagi. Budak-budak dah lama beradu. Mak budak je terkelip-kelip, terkebillll-kebil mata tak mahu lelap. Macam-macam di buat baca buku la, tengok tv la, kemas apa yang patut la, tapikan mata ni tetap tak mahu tido. Emmmmm ..... kenapa ya??????

Takpa la senah eh. Dah dia tak mahu tido  biarlah kita bercerita. Cerita apa yang di buat semasa tenggelam lelama tuuuu.... hihiih.... Konon kata pasal anak nak pekse, maka diri sentiasa sibuk jadi driver ke hulu ke hilir puuuuusing satu setiawangsa. Hantar ambil anak sekolah la, anak tuisen la. Sekarang anak dah habis pekse, huh tengok la. Still lagi kita sibuk kan. Sibuk melayan perasaan la pula hahahhaah....

Eh eh eh.... hujan turun la senah. Lebat pula tu. Nak kena tadah tangan ni. Tadah tangan wat apa senah tanya???? heyyyyy...... senah tak tahu kah? Kata orang tua-tua, mustajab berdoa waktu-waktu macam ni di tambah pula ketika hujan turun lebatttttt...... doa mudah makbullllll.......  Mudah-mudahan apa yang kita doa sekejap tadi di makbulkanNYA aminnnnnn............

Sekarang ni kan senah kiae tengah nak siapkan baju kustomer. Dah potong tapi tak boleh jahit lagi. 26/9 kustomer  nak pakai. Terbantut kerje kita sebab belum gi beli kain lining untuk baju tu.

Emmmm.... biasa la kustomer bawak kain nipis pastu tak beli kain lining sekali, huh!!! jadi la macam nih. Kitaaa... gak yang kena gi kedai cari kain. Tapi takpa kustomer kita ni baik dan tak cerewet. Kita buat, kita charge berapa pun dia tak kisah.

Nanti dah siap kita tayang ngan senah ya. Mata kite ni still segar senah eh. Kalau mengaji, sholat hajat waktu macam ni baguskan senah. Tapi sayang la bendera nippon ada naik. Rugiiiiii..... rugi hahhahahah.... Bye.



2 comments:

Fida Z Ein said...

Assalamualaikum...sempat lagi menjahit yer....saya dah tak sempat sekarang...huhuhu

TukangKebun said...

Salam AidilAdha.