01 March 2015

Dress Kenduri Si Dara Dan Makcik Google

Senah, ooo Senah, buat apa hari minggu ni? Tak ada jemputan kah. Jemputan aaaapa? Jemputan penuhkan perut la. Emmm..... anak cikgu tusen sidara merangkap adik kepada jiran kita kawin hari ni. Jadi kita sekeluarga dijemput ke majlis mereka. Orang jemput kita pergi. Jangan sampai di cop sombong  Lagi pun rezeki tak elok ditolakkan senahhhh.....

Kenduri punya pasal, sekali lagi kita marathon senah eh. Kali ni kita marathon jahit dress kenduri untuk 2 anak dara kita. Huh menitik peluh nak siapkan dress kenduri sambil mata tak lepas duk tengok jam. Padan muka kita, suka sangat tangguh buat kerja. Kan dah berpeluh dibuatnya.

Alhamdullilah siap juga akhirnya walaupun masa hampir tamat. Kalau masuk pertandingan, sah-sah la kita dapat tempat yang terakhir hahhahah......

dress budak

Inilah dress kenduri yang kite marathon menjahit itu. Kononnya tema warna hari ni, warna biru awak senah eh. Disebabkan dress kenduri si dara kurang warna biru, maka kite pun pasang tali biru lebihan kain makcik google. Ikat jadikan riben nampak menarik pula.

Untuk makcik google pula. Kita buat dress kenduri potongan empire cut. Tapikan nampak tak cantik la senah eh., Tak berapa sesuai la dress kenduri potongan empire cut untuk budak. Sebabnya budakkan takde t**k dan tak berpingang. Nampak macam empire cut tuh duduk atas dada.

Untuk menyelesaikan masalah tu, kita jahitkan reben pinggang tutup empire cut tu. Emmmm..... nampak ok la sikit. Sebenarnya kain biru kosong dress makcik google tu kita beli untuk buatkan dress ala-ala elsa frozen. Rezeki nak jadi dress kenduri kawin pula. 

Makcik google don sedih-sedih ya. Nanti mommy beli kain lain untuk buatkan dress ala-ala elsa frozen awak tu ya.

dress budak

Cik melor belanja senah beberapa keping gambar untuk tatapan hari minggu sesambil menayang dress. Lokasi - belakang rumah kita. Masa - selepas balik dari kenduri.

dress budak

Nampak tak kepala sbujang tuh. Eeeeee.... susah betul nak tangkap gambar dia. Suka menyorok geraaaaam....... je rasa tau.


dan kita belanja satu video hot . Tajuk video ' Berpusing Anak Mata Ku'. Bye.

No comments: