30 November 2014

Awan Broga - cloud fanatic

Semalam cik melor berjalan ke broga. Yup kite sekeluarga ke tanah broga menghantar si dara pergi kem motivasi senah eh. Kalau tak kerana si dara rasanyer kite tak mungkin sampai ke tanah broga tu.

Alhamdullilah kami selamat sampai dan selamat balik ke Kl serta sempat menembak sekeping dua awan-awan cantik di tanah broga tu. Setahu kite, di broga ni ada tempat orang pergi mendaki. 

Hemmmm..... kalau lah ekor kite tak panjang, mau kite gi mendaki dan menembak di sepanjang pendakian itu. Kite pernah tengok gambar permandangan di situ sangat cantik senah eh.  Yang jadi persoalan sekarang masih kuat kah kite untuk mendaki????? hihiihihihhihi........ tak sedar diri betulkan.

Masa pergi tak sempat nak tembak sebab kite mabuk kereta. Tuan pengarah pula bawak kereta lajuuuuu..... sebab nak hambat masa. Tamat masa daftar pukul 10 am. 15 minit pukul 10 kite masih lagi atas jalan meraba ke kem hahhahahahah...... Gelabah kite tau.

cloud fanatic

pokok kering nih kite tembak masa dalam perjalanan balik ke KL. Tak dapat nak ambik angel yang menarik sebab kite tembak dari dalam kereta yang tengah bergerak senah eh. Boleh di katakan kebanyakan gambar kite tembak masa dalam kereta. Well u no mi, susah nak cari tempat yang strategik, ekor panjang senah eh.

cloud fanatic

yang nih masih dalam hutan getah dan kelapa sawit. Kekadang tuan pengarah berentikan kereta tunjukkan pada hero dan makcik google pokok getah. Tunjukkan macamana susu getah tu keluar hahahhaha..... Budak-budak sekarang mana nak kenal pokok getah. Apa fungsi pokok getah dalam kehidupan kite. 

Terpaksa la kite terangkan pada mereka satu persatu bermula dari zaman jepun hingga lah sekarang. Jadi cikgu kite sekejap ahaks.. Cuma kite tak berani keluar dari kereta ambik buah getah sedangkan kite janji nak tunjuk buah getah tu ngan diaorang. Takut senah eh, hutan saja.

cloud fanatic

gambar nih kite tembak sepanjang jalan broga menghala ke semenyih. Kawasan jalan dia besar dan luas. Pemandangan pun nampak lapang aje. Nak bandingkan 2 gambar di atas tu. Hutan kiri kanan awak senah eh. Sehinggakan makcik google kata dalam forest tu ada tiger, elephant la dan paling tak boleh blah ada monster kata dia hihiihihi... .... Kite gelak je dalam hati. Gelak kuat kut nanti ada yang terkedut.

Banyak lagi awan broga yang kite tembak senah eh. Tak boleh la nak tempek semua nanti blog kite berat. Slow-slow kite masukkan dalam blog fotografi kite senah ya. Nak tengok gila awan kite di broga senah singgah le selalu ke cmelor photoblog deh. Bye.


2 comments:

Kamsiah yusoff said...

singgah menikmati keindahan alam kat sini...follow u..

Cik Melor said...

kamsiah
tq sudi follow dan singgah di sini. Sila la selalu2 ke saini y