02 August 2013

Dia Tengah Nazak

Hai senahhh...... dalam riuh rendah orang bergumbira nak sambut raya, ada juga insan yang bersedih mengenangkan kesayangan nyer dalam keadaan nazak. Sapa dia??????. Sapa lagiiiii. akak melor nih lah senah weyyyyyy.......

Sedih bukan sikit-sikit. Banyak sedih dia tau. 3 tahun bukan sebentar masa. Dari sekecilnyer hingga sebesarnyer akak jaga, bela, belai dengan mata hari-hari. Tup-tup pagi nih makcik google menjerit "ibuuuuuuu mati mati"

Baru sehari dua nih hati duk berkira-kira, macamana nak tinggal dia masa raya nanti. Sapa nak sedia makan dia. Sapa nak jengok dia nanti. Hai sayu gak hati di dalam. Maklumlah bela dia sama lama dengan bela makcik google. Dia datang pun masa lepas lahirkan makcik google. Membesar sama-sama depan mata akak nih. Tapi pagi nih dia dah kritikal huk...huk....huk.....

Sebenarnyer dah 2, 3 bulan dia dah tunjuk tanda-tanda tapi akak je buat dekkkkkk.... Tak mau fikir ke arah itu. Berusaha lah kite nih mengubat sedaya yang mampu."Kun fa ya kun" kalau dah sampai masanyer seminit awal tak seminit lewat pun tidak. Hakikat harus ku terima bahawa masanyer sudah sampai. Reda aje lah hati di dalam.

Sedih-sedih pun akak tetap kena rempit. Senin depan dah nak balik kampung, Baju masih belum habis jahit nih. Rempit sambil sedu sedan lah yeee...... Akak pernah cerita pasal dia dulu, nak baca klik sini ya senah. 

Hummmmm.... raya tahun nih kami tak dapat raya sama-sama lagiiiii..........kaloi ku tengah nazak huwaaa......huuuuwaaaa.....huwaaaaa......

No comments: