25 February 2013

10 Tips Jimat Wang Anda

tip kewangan
sumber google

10 tips berikut untuk di kongsi ya senah. 

1 .Beli barang pada harga borong/pukal - beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau mana-mana pasaraya bagi produk-produk seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan sebagainya dengan lebih murah. 
2. Beli barangan second hand @ lelong murah - contohnya seperti beli buku second hand di paylessbook dekat Carrefour Subang Jaya atau mana-mana tempat yang harganya kurang dari separuh. 

3. Musim Promosi @ Megasale - Biasanya di Malaysia ada MegaSale, jadi pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc.. Anda boleh ambil kesempatan ni beli pakaian atau barangan pada musim promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda.

4. Manfaatkan kelebihan iTalk  - Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan pada sebarang talian sama ada handphone ke handphone atau sebaliknya.
Info tentang iTalk >> http://www.tm.com.my/connecting-you/calling-cards/italk/Pages/italk.aspx

5. Kitar Semula / Recycle - Bagi mereka yang ada banyak koleksi paper atau majalah lama, botol, kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah disediakan di setiap negeri.

6. Gunakan banyak Member/Privillege Card - Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, kad mesra, jusco card dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukarkan hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan pada waktu-waktu tertentu.

7. Beriadah di tempat awam - bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, boleh jimatkan duit anda dengan berjogging sendiri di tempat2 rekreasi awam, boleh juga bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, ataupun buat latih tubi di beranda rumah, di tempat reakreasi pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma kene bijak gunakannya saja.

8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan - berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang, konsert artis dan sebagainya better tak perlulah keterlaluan sangat. Duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang bermanfaat seperti buku ilmiah tentang perancangan kewangan, cara tambah pendapatan atau buku yang bermotivasi dan berinspirasi.

9. Kurangkan makan di fast food restaurant - macam McDonalds, KFC, Pizza hut, kedai mamak dan sebagainya kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan. Lagipun harga dia lebih mahal dari restoran biasa, baik rancang pemakanan dengan diet yang sihat di samping jimat belanja.

10. Masak @ Makan di rumah - ini salah satu cara nak jimat duit, kalau teh kat luar sana RM1.50 manakala kalau buat sendiri kat umah tak sampai 40 sen pun segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain makanan/minuman yang boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah.

Emmmmm...... agak-agak senah boleh terikut tak kite ???????.... bye.

9 comments:

Mila@Rimbun said...

Sebahagian memang telah lama di amalkan kecuali:-
-Tak guna i-talk, tapi banyak guna data dan guna applikasi yang free mcm BBM, WhatApp etc...
-Tak suka beli borong sebab kos menyimpan dan barang akan jadi buruk sebab guna skit2 jer, tak ekonomikal sbb famili kecik jer, so alternatif, beli kat pasar malam jer, ikan fresh dan tak jauh beza dengan harga hypermarket, kekadang lebih murah.

Apa pun.. thanks for sharing.. :)

SYANI said...

Info yang bagus.. Thanks for sharing.

Umm AA said...

,Makan byk sayur.. lagi jimat..yg penting masak sendirlah boleh jimat kan akak melor..tanam sendiri pun jimat jgk kan...

Suzie said...

Banyak juga dah buat cuma beli barang banyak tu je malas ,malas nak kemas malas nak p beli sebab ramai orang .seminggu 2-3 kali g psar sebab malas nak kemas banyak2

Cik Melor said...

mila
melor pun bukan pun buat semua tu. tu hanya info untuk di kongsi. kut -kut boleh bagi manfaat pada seseorang

Cik Melor said...

ummuaidan
betul2 tu

Cik Melor said...

suzie
melor pun takde la ikut 100% tengok keadaan

Cik Melor said...

syani.
kongsi2 apa yang baik tak salah kannnnn....

Arie said...

Salam. Terima kasih kerana berkongsi info yang cukup menarik.