22 December 2012

Rahsia "kenapa kulit kerang ada dalam pasu bunga"

tip kebun
image google source

'Kenapa soalan JaSSNaNi tentang kulit kerang dalam pasu bunga' di rumah Ck Melor tu hari ya. Ok baca betul-betul apa yang Cik Melor taip, nanti ilmu yang dapat tu betul-betul ilmu bukan ilmu songsang ya. Ini mengikut kefahaman dan pengetahuan dan amalan Cik Melor sendiri ya. Tiada kaitan antara yang hidup mau pun dah meninggal hihiihih........

Senah tau tak, kulit kerang ni banyak mengandungi unsur kalsium karbonat yang tinggi selain kandungan mineral lain seperti potassium dan fosforus. Kalsium karbonat antara unsur yang digunakan dalam dunia perkebunan untuk meneutral kandungan asid dalam tanah ( meningkatkan kadar ph), oleh itu kebiasaannyar tanaman akan tumbuh dengan lebih subur.

Meletakkan kulit kerang yang telah di cuci ke dalam pasu orkid anda antara petua yang digunakan untuk meningkatkan kesuburan pokok tersebut.

Kulit kerang yang kebiasaanya di buang begitu sahaja kini boleh di letakkan sebagai salah satu cara  memberi nutrien tambahan kepada pokok orkid kesayangan anda. Tidak perlu dalam kuantiti yang banyak, hanya beberapa ketul kulit kerang sahaja sudah mencukupi.

  1. masa Cik Melor recycle tanah hari tuh, kulit kerang tuh memang dah ada dalam tanah jadi kita  gaul sekali la.
  2. Cik Melor juga tutup tanah dalam pasu bunga dengan kulit kerang. Untuk elak percikan tanah masa menyiram sebabCik Melor ada letak bunga hidup dalam rumah sebagai hiasan
  3. bunga di luar rumah pun Cik Melor buat macam tu . selain bekalkan nutrien tambahan, kulit kerang memberi pandangan bersih pada mata kita.
Ok JaSSNani sudah faham " kenapa kulit kerang ada dalam pasu bunga" panjang lebar Cik Melor terangkan tau. Sukaaaa tau kongsi-kongsi ilmu taman nih. Blog Cik Melor ni tau macam-macam ada, singgah le selalu ya . Bye.

7 comments:

suka suka said...

Salam Senah.. Terima Kasih atas perkongsian info..

Umm AA said...

Salam melor..ummu dtg bertandang nie...apa lak kerang2 busuk nie..heheh
bags info nie sy tak pernah tahu pun sblm nie..

Cik Melor said...

suka-suka
sama2

Cik Melor said...

ummuaidan
jimat kos.

Unknown said...

Tq good info guna kulit kerang pun boleh bagus ni

Cik Melor said...

afiqdean
sama-sama n hepinewyear tu U. selalu lah singah

Unknown said...

Siput kat pantai boleh kutip isi x?