31 October 2012

Ros Cantik Di Laman Belakang

bunga mawar
Dah 2, 3 hari ros cantik di laman belakang tu kembang. Takde pun cik melor ambik kisah, takat memandang bila menyiram. Tapi tipu le kalau cik melor kata tak gembira memandang pada si kembang tu. Cuma cik melor "not in mood" seminggu 2 ni jadi endah tak endah je la kat kembang tu. Hai la mood balik la oiiiii. dah jemu, nak balik asal nih.

Kelmarin tergerak pula hati ni nak snap barang sekeping 2 buat kenangan. Ada hikmah bila hati terdetik begitu. Semalam hujan turun lebat le juga. Petang nye masa Cik Melor nak tutup jendela, nampak kelopak ros tu dah bertaburan ke bawah. Titisan hujan tu merosakkan kelopak bunga ros cantik. Sayang lak rasanyer, kalau dibiar kembang selama nyer kat situ tentu cantik mata memandang, bahagia hati merasa kan.. kan.. kan....

Ada pula yang nak menyibuk mau di potret kan sekali. Ini pun bunga cik melor juga. Yang ni bunga dahlia namanya. Bunga paling cantik dalam hidup cik melor. Bunga ni tak pernah layu dan tak akan layu malah sentiasa membesar. Tengok lah dari takda rambut,  sekarang bunga dahlia dah berambut. Syukur walaupun hanya sejemput huhuuhuh.......... Bye.


7 comments:

fiqkbe said...

wah cantik nyer bunga ros ni! skali pandang tgk cm bunga raya. bila baca entri akak baru tau tu bunga ros. mesti wangi kan? beli ktne ek pokok bunga ni?

Umm AA said...

Salam kak, dtg dari blog suka suka..cantik bunga melur nie..nak follow blog akak boleh?

Cik Melor said...

fiqkbe
saya beli dgn jiran saya. dia mungkin beli di sungai buluh. dan ros ni memang wangi serta besar bunganye.dah lama tanam ada masa macam nak mati. bila dah bela balik segar terus berbunga. memang cantik bunga dia.

Cik Melor said...

ummuaidan
wasalam. tq kerana singgah. follow la takde pun akak marah malah sukaaaaa. tambah kawan tak salahkan. selalu la singgah. akak pun follow ummuaidan

suka suka said...

salam..tak pandai jaga bunga ros..asik innalillah je..nak kena menuntut ni..he he..oh ya melur aka dahlia yang rambut ciput tu comel...nanti tumbuhlah dia..

Cik Melor said...

suka-suka
melor pun tak berapa pandai tanam. minat punya pasal tanam gak la. ada dah arwah ada yang duk beragan tak kurang juga mantain ok hiihihhi

Sweet And Simple said...

pernah tanam bunga ros tapi mati.pandai awak jaga...