14 March 2012

Alteration 03 - Potong Sambung Kaki Jeans

Hairan betul akak melor ni dik nun ooiii..... kalau bab menulis yang entah apa-apa bukan main laju je idea tu datang. Bila bab nak preview (alo-lo macam filem pula) tentang dunia jahitan akak ni, terus otak ni jadi blurr... jadi blank sampaikan nak tulis ayat yang senang pun akak melor tak tahu. Kenapa ya....... itu namanya perangai nak kasi cepat bangkrap .

Kalau cerita tentang dunia jahitan akak melor ni tak menarik, teruskan lah pembacaan awak senah supaya akak tak kecik hati dan terus bersemangat untuk menulis. Awak tau senah bila menulis akak rasa gembira dan tension akak akan berkurangan. Boleh di katakan terapi la buat akak ni.

Semalam akak melor pulun siapkan alteration jeans. Ada la 2 ,3 helai seluar yang di minta potong kaki. Ada satu tu nak di potong sambung. Tau tak apa potong sambung tu. Aaaaa ...... benda tu la yang akak melor nak cerita nih senah wehhhhh. Satu pengalaman baru buat akak melor yang tak berapa nak hebat dalam bidang alteration ni.

Sorang customer akak melor tu ada minta potong sambung seluar jeans dia. Lepas tu nak siap cepat. Akak ni kalau potong biasa tu ok la sebab dah selalu buat. Awak senah jangan tak tahu selain buat dan berniaga handmade akak melor ni juga buat perkhidmatan alteration ya. Sebut apa saja senah, habis semua akak potong kecuali potong sambung nih. 1st time buat nih ayo-yo senah tulun akak........

Berdebar-debar akak melor masa nak buat proses potong sambung tu. Apa taknya senahhhh ooiii.... rege seluar tu mahal, walaupun nampak cam lusuh tapi baru beli. Trend la katakan barang baru nampak lusuh. Dekat sama dengan vintage la tu. Akak melor ukur berkali-kali sampai puas hati baru potong. Takut wehh... mana nak cekau duit nak ganti kalau salah potong.

Dia orang nih bila potong seluar bahagian bawah kaki yang asal tu nak di sambung balik kunun-kununnya nak nampak macam original la walaupun dah buat alteration. Jahitnya pula tak boleh kelihatan. Seboleh-bolehnya kesan sambung tu kena di sembunyikan. Boleh awak buat senah? Itu la yang buat peluh dingin memercik di dahi akak melor masa tu. Boleh ke senah faham apa yang akak tulis nih. Tak pa senah awak faham la pelan-pelan ya. Akak nak terus kan penceritaan akak ni.

Proses sambung tu memang beri masalah kat akak melor yang tak berapa nak hebat ni. Kaki seluar dah jadi besar dan kaki asal pula kecik bila pasang ada yang berlebih . Ejas situ ejas sini tak mau juga sama. Akhirnya kepala akak melor gak yang mula berdenyut. Sampai satu tahap akak berenti buat dan termenung sambil berdoa dalam hati " Ya Allah kau bagi la ku ilham supaya aku dapat selesaikan masalah ni" dengan penuh pengharapan.

Kebetulan dah masuk waktu akak pergi solat dulu. Usai solat tengok anak jap lepas tu gi sambung jahit balik. Dengan kuasa Allah yang maha pemurah dan penyayang terus aje datang ilham dan akak dapat menyiapkan tugasan tu dengan cepat dan jayanya.

Petang tuan seluar ada call akak merisik khabar jean dia dah siap dan akak berjaya buat atau tidak. Gembira tuan punya seluar bila akak kata berjaya. Lepas magrib akak angkut anak-anak masuk kereta gi hantar sebab tuan seluar nak pakai pagi-pagi keesokkannya.

Selesai satu masalah dan dapat satu pengalaman baru. Yang paling best buat potong sambung nih, tang upahnya tu senahhh double regenya. Patut la kedai ambik mahal rupanya nak buat proses tu banyak songgeh laaaaa.........

6 comments:

Sweet And Simple said...

kelakar la entry awak melor...suka saya baca, pandai awak melawak rupanya hahaha...

tau juga jahit jeans tu, klu kt tmpat sy memang popular jahit mcm tu. biasa penjahit filipina yg terrer jahit jeans ni.

klu awk dtg sandakan, boleh tgok pjahit2 filipina ni duduk di luar kedai @ tepi2 bangunan, dgn mesin jahit. kerja dorg tu la potong2 dan jahit2 jeans atau apa saja yg kita suruh.

Suzie said...

husband pun rajin buat macam ni tapi gi kedai yer....x kuasa nak buat ..hahah

Cik Melor said...

hema
biasa customer tu hantar kedai je. sejak dia tahu saya boleh jahit, semua dia hantar kat saya. Malah satu keluarga punya dia bagi saya buat. alhamdullilah rezeki Allah siapa yang tau kan

Cik Melor said...

suzie
kalau kat tempat saya ni rege utk 1 seluar dia org bantai dlm 20 rm. boleh kaya kite just ambik alteration aje. hahhahaah

nazayiena said...

Pandai Melor jahit blk seluar jeans tu yea,nape x ambik gambar nak tgk juga camne hasilnya yg tuan punya seluar jeans tu nak....

Cik Melor said...

itu la 1 kelemahan melor, selalu lupa ambik gambar bila siap 1 1 kerja. Dah kasi org baru la ingat.