24 January 2012

Kangkung Goreng Kicap Penambah Selera

kangkung gorengWalaupun mudah-mudah tapi amat memyelerakan. Tadi untuk makan tengahari melor masak kangkung goreng kicap. Resipi senang dan tak perlukan masa yang lama di dapur. Almaklum la sibuk katakan hihii. Masak ikut selesa anak-anak, takde pedas nak pedas taruk cili sebijik-sebijik sekali dengan tangkainya sebab tak mahu kuah tu nanti pedas. Bila nak makan cili tu nanti maknya kena gigit-gigit baru le rasa pedasnya.

Kangkung Goreng Kicap Penambah Selera

bahan-bahannya:-

seikat kangkung
sebiji bawang merah besar
seulas bawang putih
tomato ceri
lobak merah
cili padi
kicap manis
garam secukup rasa
sedikit air
minyak untuk menumis

Cara membuatnya:-

1. mayang bawang putih dan merah. tumis hingga naik bau.
2. masukkan sedikit air, kicap, lobak merah biarkan seketika.
3. masukkan kangkung kacau sehingga layu sikit masukkan tomato dan cili.
4. perasakan dengan garam.
5. angkat , hidang dan hiaskan mengikut kreativiti anda.
.
.
.
.
.
koleksi resipi cmelor 2012

4 comments:

Nur said...

Suka kangkung. Tapi lepas makan, Yati semput. Hehe...

gadisBunga™ said...

mmmmm...

i love kangkong!

Cik Melor said...

yati
kite pun suka kangkung

Cik Melor said...

gb
mmmmm....
same 2 meeee