30 January 2012

Eh.....Dia Malu-Malu

bunga pahangkena tak tajuk dengan jalan cerita yang nak di cerita? walau tak banyak tapi sipi-sipi tu tetap adakan. Apa taknya , tengok la sendiri si heliconia melor tu, malu-malu dia tersorok dan berselindung di balik batang pelepah dedaunnya. Kat tempat melor pokok ni lebih di kenali dengan panggilan bunga pahang. Tergolong dalam famili heliconiaceae. Di tanam kerana keindahan bunganya yang unik,cantik dan menarik. Melor tanam kerana suka akan warnanya, pokok ini juga tidak cerewet dan tak perlukan penjagaan rapi. Cukup baja, air, dan cahaya hidup subur la ia. Cuma kalau tak kena kehendaknya si pahang ni susah nak berbunga.

bunga pahangyang satu ni pun spesis heliconia juga tapi jenis bunga yang berjuntai kebawah. Cantik kalau sesekali dia berbunga. Yang ni melor tanam dalam pasu aje sebab laman kite ciput, tak cukup tanah la katakan. Heliconia ni senang nak berbunga. Juga tak cerewet sebab itu la pokok-pokok ni tersenarai dalam koleksi bunga di tamanku.

6 comments:

Suzie said...

Cantik...

mala said...

dia malu sebab dia cantik ...

Mila@Rimbun said...

yang cantik kena sorok2 skit, nanti ada tangan yg gatal2 usik.
Suka melor tanam bunga yerrr..

Nur said...

Hehe, ingat ke sape yang malu-malu tadi. Cantik pokok tu, Melor. Selalu dalam pasu, dia susah nak berbunga, yang jenis juntai ke bawah tu.

gadisBunga™ said...

kat rumah saya pun ada bunga helikonia ni. :D

Aaron Faizal said...

haiz,, saya harap saye boleh bukak kedai nurseri pokok la nnti,,^~^