Salam semua.... saja je nak kongsi cerita pengalaman mengidam masa melor mengandung dulu. Indahnya saat itu tak dapat daku lupakan dan sensaranya saat itu juga sentiasa terpahat di sanubari ku. Mari baca ceritaku ini sebagai hiburan buat mu teman.

Yang ni my little princes. Tapi kami panggil dia makcik google kerana semasa mengandungkan nya lah daku kenal google dan yahoo. Masa ini aku betul-betul jatuh cinta dengan intenet. Gila-gila punya cinta lah.
Masa ni juga la cikmelor mula kenal dengan dunia maya. Pada hal sebelum ni tak berminat nak sentuh pc walaupun internet, walaupun dah lama ada benda tu. Hanya tuan pengarah je yang mengunakan internet di rumah. Ketika ini lah lahirnya seorang lagi blogger bawah label 'Dunia CMelor'. Merangkak-rangkak aku belajar internet nak hasilkan blog dan apa saja yang berkenaan dengan dunia maya. Dari '0' tak tahu apa tapi sekarang aku dah sikit mahir dan masih lagi terus belajar.
Selepas 3 bulan aku gila internet tiba-tiba daku jatuh sakit tak boleh pandang tenet rasa nak muntah dan beralun-ralun perut ku dibuatnya. 3 bulan aku merana tak boleh pegang pc. Oh... rupa-rupanya daku mengandung lagi, patut la aku gila sesangat dengan tenet. Dari situ la gelaran makcik google terhasil. Nampak gaya anak ku ini suka dengan pc
Indahnya kenangan itu membuatkan daku tersenyum sorang-sorang. 3 anak 3 ragam. Cuma 1 aje persamaan yang ada antara ke3 orang anak ku ini . Mereka amat suka ronda atau jalan-jalan. Asal sebut aje ronda-ronda mereka pasti tersenyum lebar ini kerana semasa mengandungkan mereka daku kuat dan suka meronda huhuhu...........
1 comment:
anak bak mutiara.tak comei pada mata org.tapi tetap comei pada mata si ibu.kan???
Post a Comment